Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Sabtu, 13 November 2010

ceritaku

Aku tertarik dengan cerita2 yang ditulis oleh seorang penulis dalam blognya. Walau aku tak peRnah mengenalinya. Namun dengan cerita dalam blog tu wat aku tertarik. Aku merasakan, aku begitu dekat dengan dia serta keluarganya. Dengan tulisan2 yang islamic. Membuatkan aku terpaku. Kisah cerita kesusahan keluarganya dulu. Seperti aku berada di dalam keadaan tersebut. Aku mengimbas kembali kisah2 aku diwaktu kecil dahulu. Keluarga ku yang susah dan pada masa tu boleh dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, malam berlapar. Namun dulu keluarga aku menatang aku seperti minyak yang kerana hanya yang paling kecil. Tiada abang atau kakak, tiada pula adik2 pada masa itu, kerana emak dan ayah aku telah berpisah sewaktu aku dalam kandungan emak aku. Walau pun keluarga aku garang. Aku tetap dijaga dengan baik. Waktu itu aku bebas. Ape yang aku mahu, kebanyakan akan aku dapat. Tapi aku tahu keluarga aku susah. Dan kerana hal itu juga aku cepat matang walau pun aku sama seperti kanak2 yang lain. Cuma masa tu, aku bleh fikir apa yang mampu dan yang tidak mampu bagi keluargaku untuk memenuhi permintaan ku. Jadi, aku dapat merasai beban kehidupan dia pada waktu dulu. Bezanya aku kurang rajin belajar dan kurang minat. Ketika itu aku berumur 4 atau 5 tahun. Aku ingat lagi, waktu itu aku belum bersekolah. Walau pun umur 4 tahun aku suka pada kebun datuk dan nenek aku.(datuk aku telah kembali ke Rahmatullah) Aku telah ada stu cangkul kecil untuk aku menyangkul. Alangkah seronoknya pada waktu itu. Dan waktu aku berumur 5 tahun aku dihantar ke sekolah PASTI. Masa tu aku memang tak suka pegi sekolah. hehehehe tapi aku suka bila time balik sekolah waktu tengah hari tu. sebab boleh main2 lepas habis sekolah. Ada duit bekal. boleh jugak beli jajang ke, gula2 ke, apa2 je la yang mampu. Tapi sekarang aku ada tiga adik sebelah emak dan enam adik sebelah ayah. Walau pun orang tua aku telah berpisah, namun aku tetap pergi ke rumah ayah aku. Sebab, tanpa ayah, tiadalah aku, emak aku bagitahu la. hehehe. Dan sekarang ni aku telah bekerja dengan satu pasukan keselematan negara kita MALAYSIA. Aku suka walaupun penat. Dan ada segelintir rakyat memandang serong pada jabatan ini. Namun aku banngga kerana aku telah berjasa pada rakyat dan negara, paling penting agama. Kerana aku ni kurang minat pada pelajaran. Aku mula bekerja pada umur lapan belas tahun. Sewaktu itu, rakan2 seperjuangan ku masing melangkah ke menara gading. Aku pula melangkah ke pusat latihan, tapi aku tidak merasa cemburu dengan mereka. Malah, aku gembira kerana mereka berjaya. Dan aku doakan semoga rakan2 ku terus berjaya. Setelah tujuh tahun. masing2 sudah bekerja. Ada juga yang telah mendirikan masjid(nikah) dan telah ada beberapa makmum(anak), tapi aku tetap dengan caraku. bercinta, putus, bercinta lagi, putus juga, bercinta lagi, pun putus juga. Aku percaya dan berharap akan ada jodoh ku suatu hari nanti untuk membina sebuah keluarga bahagia. Dan aku sentiasa berdoa, agar aku tidak mengikut jejak langkah orang tua ku, berpisah akhirnya. Tapi percayalah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Dan, itu banyak terjadi padaku. Hikmah disebalik kejadian seperti firman Allah dalam surah al-ahzab ayat 33 hingga 37 bermaksud : Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (34) Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. / (35) Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (36) Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: Jangan ceraikan isterimu itu dan bertakwalah kepada Allah, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian) manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya) dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku. / (37)
Apa-apa hal sekalipun berlaku, kita jangan lupakan Allah, pasti Allah tidak akan lupa pada kita. Insyaallah. sekian ceritaku. SIAPA TAHU AKU.