Jika engkau mengharapkan KASIH SAYANG ku pada mu, mengertilah KASIH SAYANG ku hanyalah secebis hirisan untuk mu.
Jika engkau mahukan IKHLAS daripada ku, YAKINLAH, aku IKHLAS menerima mu seadanya, seperti engkau menerimaku.
Kerana CINTA ku hanya pada NYA, tidak mahu aku berkongsi CINTA itu dengan sesiapa. CINTA itu juga akan lenyap ditelan arus perubahan waktu senja.
Manakala KASIH SAYANG itu, aku hanya menurut perintah NYA, agar tidak membenci sesama makhluk. Bimbang jika aku membenci mu, DIA akan melipat gandakan kebencianNYA pada ku.
Dan IKHLAS itu akan kekal bersama ku walaupun suatu hari nanti, aku telah tiada di samping mu, walau senja tidak kunjung tiba lagi, bagi menyambut mentari dinihari. IKHLAS tetap kekal dengan ku.
Semoga engkau mengerti dan memahami nukilan Musafir Dhaif ini.