Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Ahad, 15 April 2012

Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad s.a.w


Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad s.a.w 

Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani Al-Hasani menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:

1. Melaksanakan perintah Allah.

2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.

3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.

4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).

5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.

6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.

7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.

9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.

10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.

11. Allah akan menutupi segala dukacita.

12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

13. Mendapat darjat al-Sidq.

14. Ditunaikan segala hajat.

15. Salam sejahtera pada hari kiamat.

16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.

17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.

18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.

19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.

20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.

21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.

22. Tidak akan merasai fakir.

23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.

24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.

25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.

26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.

27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.

29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.

31. Mendapat keberkatan daripada Allah.

32. Mendapat kesempurnaan iman.

33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.

35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.

36. Teguh pendirian dengan kebenaran.

37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.

40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.

41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzaab 33:56)

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring

Isnin, 26 Mac 2012

Kamu Berkahwin Kerana Apa?



Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan MenCintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….. 

Khamis, 16 Februari 2012

Perginya Kamu, Namun Kenangan Masih Bersama Kami

Bismillahirrahmanirrahim…
Setelah sekian lama aku mengumpulkan segala kekuatan, pada kali ini aku gagahkan juga untuk meluahkannya. Pada asalnya kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain, namun tuhan telah mempertemukan kita, mengeratkan hubungan kita walau tidak pernah bersua muka.

Gurau senda mu dan kembar mu di dalam muka buku membuat hati ku terpaut untuk mengenali mu dengan lebih dekat, tanpa ku sedari dalam aku cuba mendekati mu, Tuhan seawalnya lagi menjauhkan kamu daripada hidup ku, waktu aku ingin menyayangi mu seperti saudara ku sendiri, Tuhan lebih menyayangi mu daripada ku.

Tidak pernah kamu menceritakan kesusahan mu pada ku, kamu sentiasa menunjukkan reaksi gembira dan sentiasa ‘cool’.

Aku tidak berdaya untuk melawan takdir Yang Maha Esa, kerana aku juga adalah hambaNya yang daif, aku hamba yang hina, yang terlalu banyak menentangNya. Mungkin kerana itu aku dan kamu dipisahkan, kerana kamu lebih mulia dari ku, lebih suci dari ku. Agar aku tidak mempengaruhi mu, supaya mengikut jejak langkah ku yang telah tercemar. Jalan ku di penuhi liku-liku dan lubang-lubang api yang akan membakar, jika kamu mendekati ku.

Aku tidak dapat menanggung penderitaan yang kamu lalui, jika aku diberi keizinan oleh Tuhan, ingin aku pindahkan rasa sengsara yang ditanggung oleh mu itu kepada ku. Tapi itu hanyalah  perasaan ku, jauh sekali untuk aku tanggung derita mu. Sewaktu hayat mu, aku tidak pernah melihat wajah mu dengan nyata.

Namun sewaktu kamu hembuskan nafas terakhir mu, aku sedang lena diulit mimpi. Kamu hadir juga menziarah ku, walau hanya di alam maya. Sungguh tidak aku sangka, pertemuan kita di alam maya tersebut adalah pertemuan kita yang pertama dan terakhir.

Sungguh aku tidak dapat menahan sebak didada bila aku ketahui kamu telah pergi untuk selamanya dan sewaktu itu, adalah waktu aku didalam lena diulit mimpi.

Ya, aku pasrah dan aku juga redha atas pemergian mu. Aku percaya, kamu telah aman di sana. Ditempatkan dikalangan orang-orang yang beiman dan soleh, kerana sewaktu hayat mu di dunia ini, kamu telah sempurnakan apa yang diperintahkan pada mu.

Kamu telah menanggung derita yang amat perit, dan derita mu itu adalah barakah penghapus dosa-dosa mu.

Walau kamu telah tiada, namun kenangan mu bersama kami, tetap kami kenangi. Kamu telah tinggalkan kami satu contoh yang baik. keluarga mu, adalah keluarga kami juga.

Kami akan sentisa doakan kebaikan terhadap mu.  Kita akan jumpa di sana.

Nukilan ini ditujukan khas buat arwah: adik Najmudin (dik twinz bro n kami semua)

Ahad, 8 Januari 2012

Dik Twinz Ku Sayang

Assalamualaikum Dik Twinz Ku Sayang..
Wat Naqi dan Naj.. Bro doakan Naqi dan Naj sihat semuanya..
terutamanya wat Naj yang sedang menanggung derita.. Bro sentiasa doakan Naj sembuh dan sihat ceria seperti sediakala.. Dik Twinz, walaupon Bro xpernah jumpa dan bersemuka ngan korang, Bro rasa Dik Twinz n family dah mcm ahli kuarga Bro dah..mcm adik2 dan family bro sebetulnya...bila Bro dapat tahu apa yang Naj sedang alami.. hati Bro terusik, seolah-olah.. org yang bro syg sengaja dijauhkan daripada Bro..tapi hakikatnya Allah semakin mendekatkan jarak hubungan kita...semakin menambahkan rasa kasih sayang sesama umatnya..secara tidak langsung.. menambah kenalan Bro.. dan dapat lihat begitu ramai Dik Twinz Bro nie disayangi dan disenangi oleh semua..

Dik Twinz..

tabahkanlah hati..kuatkanlah semangat..teguhkan iman..sentiasa zikrullah..ingat lah Allah di masa senang atau susah.. Insyaallah Dik Twinz.. semangat dan ketabahan akan sentiasa berada bersama kita... ini berdasarkan pengalaman Bro sendiri..percayalah.. Allah telah tentukan segala-galanya untuk kita...mengikut tahap kemampuan rohoni dan jasmani kita.. Segala puji bagiNya..yang Maha Suci.. yang Maha Mengetahui..yang Maha Penyembuh..yang Maha Kaya..Yang Maha Memberi..hanya Allah yang Maha Esa...

Wassalam...