Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Khamis, 11 Julai 2013

MASALAH GASTRIK



BismILLAH, wa minALLAH, wa fILLAH, wa ilALLAH, Wa Laahaulawalaquwwata illa bILLAH.

AssalaamuAlaykum WarahmatULLAHi Wa Barakaatuh.

AlhamduLILLAH, setinggi tahniah diucapkan kepada sekalian sahabat yang dapat membaca paparan ini, itu menunjukkan kalian telah berjaya melalui Ramadhan untuk hari yang kedua. Tahniah. Semoga ALLAH terus meminjamkan kekuatan kepada sekalian yang sedang menikmati juadah hidangan Rahmat, Keampunan dan Pembebasan dari api neraka.

Adapun sang faqir ingin berkongsi kaedah terapi Islam untuk permasalahan gastrik, bagi permasalahan lain, akan menyusul pada paparan akan datang. InsyaALLAH.

Semua terapi ini diambil pada waktu suhur(sahur).

Pati delima 7sudu + madu 7sudu + kurma 7biji, sebaiknya ruthob(yang telah diasingkan dari bijinya). Kesemua bahan ini digaul sehingga sebati, kemudian disimpan di dalam bekas dan dibiarkan selama 20minit, lebih baik dibuat pada waktu malam sebelum tidur, jadi, pada waktu suhur sudah boleh digunakan.

Ramuan tadi, dicampurkan sebanyak 3 sudu besar ke dalam air putih atau suam yang berisi padu lebih kurang 250ml dan diminum selepas makan.

Kuantiti bahan di atas adalah untuk setiap 2 hari.

Sebaiknya, ramuan tersebut dibacakan dengan Selawat 21x, Al Faatihah 3x, dan Al Kautsar 3x, seterusnya, mohon kepada ALLAH semoga diberi kekuatan dan kesembuhan, insyaALLAH.

*Ramuan di atas juga khas untuk mereka yang menghidapi masalah ulser yang kronik.

Bekam juga digalakkan untuk permasalahan ini dan dibuat pada titik saghir(khusus).

Adapun berbekam pada bulan Ramadhan tidak akan membatalkan puasa mereka yang berpuasa, cuma ianya kurang sesuai dilakukan pada mereka yang sedang lemah dan berisiko lemah, kerana akan mendatangkan mudharat.

Malahan terapi bekam TIDAK DIGALAKKAN dilakukan pada waktu malam, ini adalah kerana pada waktu malam vaskular dalam keadaan sempit atau kecut, malahan arteri dalam keadaan mengecut , jadi, fungsi fisiologi tersebut tidak boleh diganggu, bahkan boleh mendatangkan kesan mudharat lain untuk jangka masa panjang, apatah lagi pada malam hari, darah dalam keadaan 'sejuk'(bukan ambifia ya), berbeza dan lain keadaan dengan fungsi sistem saraf autonomi.

Dengan kaedah terapi bekam pada titik saghir tanpa mengganggu titik kabir, insyaALLAH tiada kesan keletihan atau mudarat walaupun dilakukan pada bulan Ramadhan atau tatkala berpuasa. Cuma, pentingnya setiap kali selepas berbekam, REHAT perlu ada, sekurang-kurangnya dielakkan daripada kerja-kerja berat selama 5jam untuk pembaikpulih sistem kitaran darah.

InsyaALLAH Tohour.  copy daripada Ustaz 
Wan Asrul Al-Aydrus