Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Jumaat, 21 Oktober 2011

INDAH, TENANG DAN BAHAGIA...TAK DAPAT KU BAYANG DAN GAMBARKAN....

Sungguh aku tak sangka...dapat juga merasakan betapa indahnya, betapa tenangnya, betapa bahagianya aku sewaktu aku menunaikan solat... Dada ku lapang seluas mungkin... Umpama saujana mata memandang...Aku seolah-olah berada di alam lain, di mana aku sedang diperhatikan dengan penuh kasih sayangNya...


Dan aku rasakan cuma sekejap sahaja ibadat solat ku ketika itu... tidak pula aku terlupa atau teringgal satu rukun dan rakaat pon... Tidak mahu rasanya aku menghabiskan solat ku itu.. kerana nikmatnya yang tidak dapat aku gambarkan...


Apakah itu yang dinamakan khusyuk? aku tidak mendengar sebarang gangguan dikota besar ini... sepinya hanya terdengar seperti desiran angin yang bertiup lembut sahaja, sepoi-sepoi bahasa.. dapatkah lagi aku mengalami ibadatku sedemikian rupa selepas ini... Aku berharap...Tuhan akan sentiasa memberikan nikmatnya itu...agar aku rindu dan cinta sentiasa pada Allah dan RasulNya...


Ya Allah Ya Tuhan ku...berilah aku merasakan lagi manisnya nikmat Mu itu..rugi rasanya aku kerana dari awal aku tidak dapat merasainya..ya Allah, tolonglah hamba Mu yang begitu lemah dan tidak berupaya ini.. melainkan dengan izin dan kehendak mu Ya Allah..Amin... Wasalam