Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Jumaat, 12 Ogos 2011

bagaimana INGIN aku luahkan...?

Ingin aku luahkan rasa cinta ku padanya. Namun aku tidak mampu untuk meluahkannya. Aku bimbang dan takut, aku bimbang jika aku luahkan rasa cintaku padanya dan dia menolak cinta aku, kami tidak akan berkawan lagi. Mana mungkin aku dapat menerimanya sebagai kawan setelah apa yang aku telah luahkan padanya. Aku juga takut akan kehilangannya, setelah aku lauhkan rasa cinta itu padanya, aku juga takut dia menolaknya mentah-mentah, maklumlah aku ni bukanlah dikalangan golongan orang yang kacak atau hensem. Dia pula seolah-olah bidadari dalam hati aku. Walau hakikatnya aku tidak pernah melihat bidadari.

Tapi jika tidak diluahkan, manalah aku tahu dia suka atau tidak, dan rasa ingin memiliki hatinya begitu kuat. Aku sanggup terima dirinya seadanya, andai dia sudi menerima cinta aku. Sebenarnya, hatiku sakit bila aku dapat tahu, dia telah berhubungan dengan orang lain, setelah sekian lama aku menanti. Oleh itu, terpaksalah aku memendamkan sahaja rasa hati aku. Aku juga tahu, bila hatinya disakiti oleh temannya itu, walau dia tidak pernah memberitahu pada aku. Namun aku dapat rasakannya dan aku rasakan sakit hati yang amat sangat kerana temannya itu seolah-olah hanya mahu mempermainkannya sahaja. Rasa seperti ingin aku cincang tubuh temannya itu beribu kali, tapi apakan daya aku hanya mampu menyelami hatinya sahaja.

Kini aku dapat tahu, dia kembali seorang diri tapi temannya telah melakukannya seperti gantung tidak bertali. Apa yang harus aku lakukan..? Bagaimana harus aku meluahkan rasa cinta itu? Sudikah dia menerima ku? Atau aku akan hanya bertepuk sebelah tangan dan hanya akan memalukan aku jika aku meluahkannya?? 

P/S: wahai insan yang ku cintai. sudikah kau aku miliki untuk selamanya......?? Sudikah dikau menerima cintaku ini...?? kau pun tahu...aku hanya seorang yang biasa sahaja..namun hatiku ingin menjadi suami mu dan pembimbing hidup mu.... adakah engkau kenal SIAPA TAHU AKU???