Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Sabtu, 23 Julai 2011

SEKALI LAGI JATUH CINTA

SEKALI LAGI JATUH CINTA
Sekali lagi aku jatuh cinta.
Telah berkali ku luahkannya,
Baru kini engkau terima,
Bahgia hati ku tidak terkata.

Kini kau kabarkan pula,
Akulah teman mu yang pertama,
Lalu kau kata kau cinta,
Padaku dalam pandangan pertama.

Namun kau berasa hina,
Bila hati mu curiga,
Adakah aku sudi terima,
Diri mu seadanya rupa.

Namun kau telah percaya,
Bila aku luahkan rasa cinta,
Tanpa putus asa dan ragu jua,
Menunjuk kata ikhlas di dada.

Harapanmu agar kita bersama,
Keinginan mu menuju syurga,
Bersama kita tunaikan perintahNya,
Melayari bahtera cinta kita.