Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Jumaat, 17 Disember 2010

lama tul x tengok blog aku ni....

lm x lama la..dlm sbulan jugak..
entahlah..nk tulis aper....xkan nk fitnah org kot..xbaik tu...
kan dosa tu....besar lgi drp mbunuh...uish..
dlm hidup kita ni...penah ke kita terpikir nk hitung dosa2 y kita da wat spanjg hiduop ni....rse...baik mati cpt2...kurg dose....hmmmmm

Jumaat, 19 November 2010

tensen la..

bgape la tensen ni....
aduhai...sampai sakit kepala aku...
mata pon rase bengkak jer...
ape la aku nak wat ek...

Ahad, 14 November 2010

BiLa Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar~Harus baca!

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.




Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe

Sabtu, 13 November 2010

ceritaku

Aku tertarik dengan cerita2 yang ditulis oleh seorang penulis dalam blognya. Walau aku tak peRnah mengenalinya. Namun dengan cerita dalam blog tu wat aku tertarik. Aku merasakan, aku begitu dekat dengan dia serta keluarganya. Dengan tulisan2 yang islamic. Membuatkan aku terpaku. Kisah cerita kesusahan keluarganya dulu. Seperti aku berada di dalam keadaan tersebut. Aku mengimbas kembali kisah2 aku diwaktu kecil dahulu. Keluarga ku yang susah dan pada masa tu boleh dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, malam berlapar. Namun dulu keluarga aku menatang aku seperti minyak yang kerana hanya yang paling kecil. Tiada abang atau kakak, tiada pula adik2 pada masa itu, kerana emak dan ayah aku telah berpisah sewaktu aku dalam kandungan emak aku. Walau pun keluarga aku garang. Aku tetap dijaga dengan baik. Waktu itu aku bebas. Ape yang aku mahu, kebanyakan akan aku dapat. Tapi aku tahu keluarga aku susah. Dan kerana hal itu juga aku cepat matang walau pun aku sama seperti kanak2 yang lain. Cuma masa tu, aku bleh fikir apa yang mampu dan yang tidak mampu bagi keluargaku untuk memenuhi permintaan ku. Jadi, aku dapat merasai beban kehidupan dia pada waktu dulu. Bezanya aku kurang rajin belajar dan kurang minat. Ketika itu aku berumur 4 atau 5 tahun. Aku ingat lagi, waktu itu aku belum bersekolah. Walau pun umur 4 tahun aku suka pada kebun datuk dan nenek aku.(datuk aku telah kembali ke Rahmatullah) Aku telah ada stu cangkul kecil untuk aku menyangkul. Alangkah seronoknya pada waktu itu. Dan waktu aku berumur 5 tahun aku dihantar ke sekolah PASTI. Masa tu aku memang tak suka pegi sekolah. hehehehe tapi aku suka bila time balik sekolah waktu tengah hari tu. sebab boleh main2 lepas habis sekolah. Ada duit bekal. boleh jugak beli jajang ke, gula2 ke, apa2 je la yang mampu. Tapi sekarang aku ada tiga adik sebelah emak dan enam adik sebelah ayah. Walau pun orang tua aku telah berpisah, namun aku tetap pergi ke rumah ayah aku. Sebab, tanpa ayah, tiadalah aku, emak aku bagitahu la. hehehe. Dan sekarang ni aku telah bekerja dengan satu pasukan keselematan negara kita MALAYSIA. Aku suka walaupun penat. Dan ada segelintir rakyat memandang serong pada jabatan ini. Namun aku banngga kerana aku telah berjasa pada rakyat dan negara, paling penting agama. Kerana aku ni kurang minat pada pelajaran. Aku mula bekerja pada umur lapan belas tahun. Sewaktu itu, rakan2 seperjuangan ku masing melangkah ke menara gading. Aku pula melangkah ke pusat latihan, tapi aku tidak merasa cemburu dengan mereka. Malah, aku gembira kerana mereka berjaya. Dan aku doakan semoga rakan2 ku terus berjaya. Setelah tujuh tahun. masing2 sudah bekerja. Ada juga yang telah mendirikan masjid(nikah) dan telah ada beberapa makmum(anak), tapi aku tetap dengan caraku. bercinta, putus, bercinta lagi, putus juga, bercinta lagi, pun putus juga. Aku percaya dan berharap akan ada jodoh ku suatu hari nanti untuk membina sebuah keluarga bahagia. Dan aku sentiasa berdoa, agar aku tidak mengikut jejak langkah orang tua ku, berpisah akhirnya. Tapi percayalah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Dan, itu banyak terjadi padaku. Hikmah disebalik kejadian seperti firman Allah dalam surah al-ahzab ayat 33 hingga 37 bermaksud : Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (34) Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. / (35) Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (36) Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: Jangan ceraikan isterimu itu dan bertakwalah kepada Allah, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian) manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya) dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku. / (37)
Apa-apa hal sekalipun berlaku, kita jangan lupakan Allah, pasti Allah tidak akan lupa pada kita. Insyaallah. sekian ceritaku. SIAPA TAHU AKU.

Jumaat, 12 November 2010

terpaksa terima...

aku tahu salah ku..
tapi kenapa..
bila aku ingin bertanggungjawab..
engkau tinggalkan aku..
adakah engkau mahu ku terus rasa bersala dan menyesal?
apekah kau mahu trus menghukum aku...adalah punca segalanya??

Selasa, 9 November 2010

BOLEH KER KITA BUNUH DIRI UNTUK ELAK DARIPADA DIROGOL?? JAWAPAN ADA DI BAWAH..SILA BACA

Membunuh Diri Untuk Mengelakkan Rogol Soalan: Bolehkan perempuan muslim membunuh dirinya jika dia yakin 100% yang dia akan dirogol oleh sekumpulan lelaki? Jazakum Allah khayran.

Jawapan: Pertamanya, perempuan Muslim mesti cuba sedaya-upayanya untuk mentaati ajaran Islam dan mematuhi akhlak Islam, terutamanya apabila berurusan dengan lelaki. Jika dia diancam secara seksual oleh perogol, dia ada hak untuk mempertahankan dirinya. Namun, dia tidak dibenarkan untuk membunuh dirinya kerana sebarang sebab kerana membunuh diri adalah Haram (dilarang). Hanya Allah mengetahui yang ghaib. Dia mungkin tidak tahu akibat cubaan jenayah mereka; mereka mungkin gagal dalam melaksanakan rancangan jahat mereka.

Dalam hal ini kita ingin menjelaskan yang seorang perempuan Muslim berdepan dengan dua kemungkinan:

(1) Dia terdedah untuk menjadi mangsa rogol atau serangan seksual dan

(2) ini mungkin mendorong dia membunuh diri, satu perbuatan yang terlarang.

Di sini kita bayangkan kejadian dua mudarat, salah satunya, berkaitan membunuh diri, yang pasti, sedangkan yang satu lagi, berkaitan dirinya terdedah kepada rogol, sesuatu yang mungkin, tetapi tidak pasti. Maka, dalam hal ini, membunuh diri tidak dibenarkan. Lagi pun, kita mesti menimbangkan kesan buruk antara membunuh diri dengan rogol atau serangan seksual. Rogol atau serangan seksual kurang mudarat dibandingkan dengan membunuh diri. Disamping itu, memelihara nyawa ialah kewajipan kehidupan, sedangkan matlamat lain, seperti memelihara maruah seseorang, jatuh ke tempat kedua dikalangan matlamat-matlamat asas yang Islam ingin capai. Maka, tidak dibenarkan bagi seorang perempuan, mangsa rogol, untuk membunuh diri. Menjawab persoalan tersebut, ulama, penulis dan pensyarah Islam Saudi terkenal Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan: “Seorang perempuan yang dipaksa untuk melakukan Zina wajib mempertahankan dirinya dan tidak sepatutnya mengalah, walaupun jika dia membunuh orang yang ingin merogolnya. Mempertahankan diri merupakan kewajipan, dan dia tidak bersalah jika dia membunuh orang yang ingin memaksanya melakukan persetubuhan. Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan hartanya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan dirinya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan agamanya ialah syahid, dan sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan keluarganya ialah syahid.” (Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Hibban) Disamping itu, seorang perempuan tidak dibenarkan membunuh dirinya kerana takut dirogol. Seorang perempuan Muslim yang baik diwajibkan menangkis serangan penyerang, tetapi dia tidak dibenarkan pergi keterlaluan dan membunuh dirinya. Jika dia membunuh dirinya, maka dia melakukan perbuatan yang Haram. Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “Manusia daripada Ummat ku tidak dipertanggung-jawabkan atas perbuatan yang mereka lakukan kerana tersilap, atas perbuatan yang mereka lakukan kerana terlupa, dan atas perbuatan yang mereka dipaksa melampaui kemampuan mereka.” Allah (SWT) berfirman, “…, kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman. …” (An-Nahl: 106)” Terjemahan daripada: Suicide to Escape Rape http://www.islamonline.net/servlet/Sate ... TheScholar

rahsia surah al-kauthar

RAHSIA SURAH AL KAUTHAR

Surah Al-KautsarSurah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.Perkara yg baik kita amalkan slalu.

Isnin, 8 November 2010

sengsara, tapi brmaruah..senang, tapi terhina..

dunia hari ni....tidak seperti dulu...
dulu.. walau hidup penuh sengsara dan derita..tapi bahgia...bermaruah..
walau pon miskin...tetap dihormati....kerana dulu ramai yang kaya budi..
hari ini...hidup senang..kaya raya..dan ramai kawan2 tapi...menderita..
yealah...mane tidaknye...harta asyik dikikis jer...pastu xtau nak hormati orang lain..dihadapan kita orang sanjung...tapi di belakang kita..orang menghina...mmmm dunia dunia..

Jumaat, 5 November 2010

bisinggggggg wehhhhh ngan awok2 nih...

kalu nok pere sangat gi la duk iraq nun...palestin ko...mn2 hok pere....
serabut perut la aku....key aku gocoh key mati plok....eeeeeeeyyyy gere wehhhhhh
xdok ko maNUsio leh wat ngecun tu dok bunyi po bedil....wat la bunyi lagu2 sedak...baru jolo...paka nyalo api jah...pah bunyi lagu...baru jolo....bodo jugok manusia ni xleh wat ngecun ado lagu xdok bunyi bedil....

migrain doh aku ni...gilo gilo gilo...(versi upin ipin)

Khamis, 4 November 2010

dok tahu nok tulih gapo...

bose sungguh kijo male ni....
dok tahu nok gapo...
patnor aku pon boring jugok....
ni lah kalu kijo male gak...mujur aku bowok notbook nih..
kalu aku tido lamo doh ni...
nok kelih crito pon bose...dengar radio jah la..kat astro...
esok aku off day....nok g mno dok tahu..aku ingat nok g btapo...hahahaha gilo aku ni...
rindu weh ko kapong...raso nok lari balik jah...nok dok kapong lamo...aku ingat nok breti la kijo nie...nok kijo sdiri..sene..dok trikat ngan boh...
pitih aku ado lgi dale 8K ni...aku nok wat nikoh ko...aku nok wat gapo ek...cu royak gak saing2 weh...ado cadange gapo hok molek...
kalu aku beli "mas 999" guano eh...
pah tu aku sipe dalam bank ar-rahnu...
molek ok gitu?pah tu wat modal nego....hartanah..ko guano? ok dok gitu?
ok dok ?
hmmm dokpon...aku ambik 8K tu paka wat nikoh jah..ko guano eh....??penat mikir gini...buje lgi...kalu ikut nabi s.a.w...omor 25 ni molek doh cari bini...tapi.....hmmmmdok tahu la aku...mungkin jodoh xdok lagi bokalih...X PO....aku pcayo...ALLAH MAHA ADIL DAN BIJAKSANA...DIA MESTI ADO PERANCANGAN HOK LEBIH BAIK UNTUK AKU...ya Allah...BErilah hamba MU ini petunjuk...dan kesabaran..ketetapan iman...amin....

Rabu, 3 November 2010

ISLAM DIHINA DEPAN MATA KITA..KITA NAK DIAM JE KER?? MANER POWER KITER??

IFC menggugat ketuanan Islam di Malaysia !!!

Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC ?

i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
vii. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Inilah yang diperjuangkan dalam PKR dan disokong pula oleh PAS apatah lagi DAP…Fikirlah dengan serius dakwaan ini dan buatlah sesuatu untuk AGAMA BANGSA dan NEGARA kita semua.


SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIMINTA' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...

Isnin, 1 November 2010

hari ni satu november dua ribu sepuluh

  • sedar x kita dah dekat ngan penhujung tahun 2010...masa sekarang begitu cepat rasanya berlalu pergi...

  • tak seperti dulu..mas kecik2 dulu....masa cukup lama....kalau hari sekolah tu....5 hari tu panjang sangat...sampai malas nak g sekolah...tp bila ari jumaat dan sabtu...cuti...puas dapat duk umah...main2 ngan kawan2...pegi sungai...pegi baruh(sawah) padi....hehehe berendam ngan kebau...hahaha

  • tapi skarang ni dah xder smua tu..budak2 skarang...laki2 terutamanya...majoriti takut nak main baruh...takut kena lintah..pacat...takut kotor..busukk...mcm2 lagi la...sesetengah...ade yang xkenal pacat ngan lintah dah skang ni....

  • dulu mandi sungai..sungai xdalam sangat..tp bleh la lemas....hahah aku pon penah gak 2 3 kali lemas..tapi x serik gak...dulu mandi telanjang jer....wah...besnyer.....dpt kembali masa dulu... aku start serik mandi sungai bila nkmasuk tingkatan satu....masa tu cuti sekolah...memang rancak la duk mandi sungai hari2..sampai mak...nenek...semua la...pegi bawa tali timba...getah paip...batang keluduk(senduduk) suruh aku balik....sampai lekat la bekas masa tu..hehehe (melalut plak..)

  • malam tu aku tido mimpi...aku kena makan kat buaya....aku mati...aku mimpi yang sama 3  ari berturut-turut...aku jd takut sangat...tkut mati masa tu...pas pada tu..aku memang dah tak mandi sungai lagi dah...sampai berenang pon skarang aku dah x reti...takut buaya punya pasal...

  • k la...skang dah hujung tahun ni...makin tahn makin tua....makin dekat ngan mati...
  • semoga kita semakin dekat pada Allah...pencipta kita...semakin jauh dari maksiat...semoga kita semua selamat....dunia dan akhirat...masa semakin berlalu...usia semakin lanjut....kesihatan semakin berkurangan..tenaga semakin lemah...

Ahad, 31 Oktober 2010

gomo klate gomo

bade sakit-sakit...
lengoh sendi-sendi....
mujur smale nyo jadi...
klate mene lagi......

MISTERI PENEMUAN SAINS YANG DINAFIKAN OLEH PIHAK BARAT (PROSES PENCIPTAAN MANUSIA)

Proses Penciptaan Manusia

Allah SWT telah menceritakan proses penciptaan manusia di dalam Al-Qur'an secara terperinci, Allah berfirman dalam surat Al-Mu'minun, "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Mahasuci Allah, Pencipta yang paling baik." (QS. Al-Mu'minun : 12-14).

Doktor ahli kandungan nombor satu di dunia menyebutkan, bahwa semua yang disebutkan di dalam Al-Qur'an dan hadits-hadits Rasulullah SAW tentang proses penciptaan manusia adalah sesuai dengan yang ditemukan pada ilmu pengetahuan modern.

Inilah doktor ahli kandungan nombor satu di dunia, doktor berkebangsaan Kanada, Keith Moore. Dia memiliki sebuah buku yang diterjemahkan ke dalam lapan bahasa; dipelajari di sebagian besar universiti-universiti di dunia. Dia menyampaikan pidato dengan tema "Keselarasan Ilmu Kandungan dengan Apa yang Terdapat dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah" di Universitas Al-Malik Faishal. Dia berkata, "Sungguh ilmu pengetahuan ini, yang terdapat dalam Al-Qur'an, membuktikan kepada saya bahwa Al-Qur'an yang dibawa oleh Muhammad datang dari sisi Allah, sebagaimana juga membuktikan bahwa Muhammad adalah seorang rasul yang diutus oleh Allah."

Dia juga berkata dalam pidatonya, "Manusia ketika pertama kali diciptakan dalam perut ibunya berbentuk segumpal darah. Kemudian setelah itu ciptaannya meningkat menjadi segumpal daging. Kemudian berubah menjadi tulang-belulang. Dan kemudian dibungkus dengan daging." Dan katanya, "Semua yang kami dapatkan dalam penelitian-penelitian kami, kami mendapatkannya tertera dalam Al-Qur'an."

Seorang doktor lain berkebangsaan Amerika, profesor dalam bidang ilmu kandungan, berkata pada muktamar yang diselenggarakan oleh Kerajaan Saudi Arabia di Riyadh, "Nash-nash Al-Qur'an memaparkan rincian yang lengkap tentang proses pertumbuhan manusia, dimulai dari tahap titisan mani sampai pada tahap pertumbuhan menjadi tulang dan tubuh." Dan katanya, "Belum ada dalam sejarah manusia, ditemukan paparan tentang peroses pertumbuhan manusia yang gamblang seperti ini." [alsofwah.or.id]

Apakah Masih Misteri Bagi Anda???

Mana Ada Manusia Yg Ber Evolusi Dari Kera?!?!?!
Manusia Diciptakan Dengan Darjat Yg Lebih Tinggi Daripada Haiwan...
Kalau Ada Yg Mendukung Teori Darwin Maka Dia Menyamakan Dirinya Dengan Haiwan , Apakah Anda Mahu Disamakan Dengan Haiwan???

"Sains Moden Mencari Bukti untuk menjauhkan manusia dari Allah , Sains Islam Mencari Bukti untuk mendekatkan manusia dengan Allah"

penat betul..

semalam aku jaga bola klantan vs n9..finale 2010...
klantan menang 2-1...tp aku penat betul....lenguh kaki...aku rase kawan2 aku y lain pon mesti rase sama mcm yang aku rase...
namun...aku tetap puas hati..pasal menang...hahaha yang kalah tu sabar lah...
tp...masa last game tu..ade sorang awek klantan...sesak nafas...aku dengar kawan2 die cite...awek ni excited sangat...sampai lompat2 atas krusi kat stadium bukit jalil tu....pastu terus jatuh....xsedarkan diri...tp..bila awek ni dah sihat sikit...masih semangat nak tengok game lgi...pastu rebah smula...degil betul awek ni...xnak g hospital plak tu...kalu ikut aku....awek aku mcm punye degil...aku ketuk je dahi die ngan tisu....hehehehe bola punya pasal..aku pon rasa x larat sangat...dari jam 1230 hrs sampai jam oooo hrs berdir...duduk pon...x samapai 5 minit...penat siut....ngan bising lgi...trompet lah..menjerit lah..mercun lah...kena sampuk lah...mcm2 hal...aku memang x pegi tengok bola la pas ni...bak aku tengok kat umah jer..tenang ati...

Jumaat, 29 Oktober 2010

Sebenarnya Aku Sayang Pada Mu....

sayang sebenarnya aku sayang pada mu...
kenapa keras sangat hati mu...
kenapa tiada kemaafan untuk aku...

sayang..sebenarnya aku cinta pada mu...
kenapa engkau tak merasai cinta ku ini...
aku sanggup lakukan apa saja hanya untuk mu..
tapi jangan sampai menggadai agama ku...

sayang...tidak layakkah aku untuk memiliki mu...
salah ke aku menyintai mu...
sayang...aku tahu aku pernah bersalah pada mu..
tapi aku tak pernah curang pada mu..

sayang...kenapa engkau sentiasa mencurigai cinta ku pada mu....
sedangkan aku tak pernah berubah hati...
sedangkan aku setia pada mu...
sedangkan aku sentiasa ada untuk mu...

sayang...aku mempercayai mu....
aku setulus hati rela menyintai mu...
aku sanggup berikan nyawa andai engkau pinta..
aku sanggup berkorban untuk mu...

sayang...maafkan aku....
sayang...maafkan aku...
sayang...maafkan aku...

sayang...aku ingin memperisterikan mu...
aku ikhlas sayang...
kenapa kau menolak ku mentah-mentah....
sayang...kembalilah pada ku....

tapi itu hanyalah angan-angan ku pada mu...
mungkin kini aku langsung tidak wujud dalam hati mu..
aku hanya berharap...walau aku tau kau xkan kembali pada ku lagi...

kemana harus aku pergi....
kemana arah ku harus tujui...
kemana tempat persinggahan ku selepas ini...

setelah apa yang telah terjadi antara kita...
sungguh tidak ku sangka...kita berpisah kerana terpaksa aku merelakanya...
tapi aku tak menyalahkan mu...kerana aku yang bersalah...

jika kematian itu boleh ku ambil...
akan ku ambil sendiri...
tapi...aku masih waras..kerana aku ingin kembali pada Nya
dengan keredhaan Nya...yang Maha Esa...
semoga engkau bahagia...
aku masih menanti mu....

Khamis, 28 Oktober 2010

PEMUDA ISLAM SEMAKIN PUPUS

" Deklarasi ke arah kompetensi dan kepakaran dari segenap lapisan memerlukan daya intelektual yang tinggi.Populasi penganut agama Islam yang mulia,pegangan Al-Quran dan As-Sunnah menjadi garis panduan esensi di dalam jiwa demi menyekat sebarang jenayah pemikiran.

Dinilai dari sudut pandang populasi umat Islam khususnya pemuda-pemuda Islam masa kini,dunia begitu kritikal ketandusan pemuda Islam.

Dunia ketandusan penda'i - penda'i pemuda yang akan menggoncang dunia ke arah revolusi Islam.Dunia ketandusan suara-suara pemuda Islam.Realitinya mutakhir ini ,pemuda-pemuda yang diharapkan dibanjiri revolusi pemikiran serta disibukkan dengan pembawakan-pembawakan budaya barat yang keterlaluan.Pembawakan budaya barat telah menjurai di dalam jiwa-jiwa pemuda di zaman kontemporari ini.

Mampukah dunia mutakhir ini melahirkan jiwa-jiwa pemuda seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang berusia 24 tahun pada ketika itu mampu menawan Konstantinopel pada tahun 1543.Beliau berusaha menjatuhkan bandar konstantinopel setelah mana gagal dilakukan semenjak 800 ratus tahun.Dimanakah pengganti Umar Al-Khattab hari ini?

Siapakah pewaris Salahuddin Al-Ayubi hari ini? Mereka inilah pemuda-pemuda yang ingin kita contohi.Pemuda-pemuda Islam adalah taklifan diberikan sebagai pembawa risalah-risalah ,sepertimana yang telah diceritakan didalam Al-Quran berhubung dengan kisah Ashabul Kahfi.Allah swt berfirman dengan mafhumnya " Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar,sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahi mereka dengan hidayat petunjuk " [ Surah Al-Kahfi : 13]

Realitinya dunia Islam kini jauh dari pelaksanaan syariat-syariat yang dituntut oleh Allah swt.Bahkan,pemuda-pemuda Islam bagai dibakul sampahkan oleh orang-orang yang zalim.Daulah Islamiah yang dulunya tesergam indah berkembang menakluki dua pertiga dunia menjadi kebanggaan umat Islam tetapi mutakhir ini,ia lenyap dan terus lenyap dan terus lenyap di mamah usia.Terlalu minoriti kontribusi yang hendak diberikan sehinggakan ada di antara mereka begitu agak skeptikal apabila membincangkan kegemilangan Daulah Islamiah akan bangkit mewarnai arena dunia.
Maka disini,saranan yang harus dibina bagi merubah paradigma ialah memperkasakan spritual di dalam jiwa-jiwa pemuda Islam.Harus di ingat bahawa pemuda adalah penggerak kemajuan sesebuah negara.Apabila hendak melihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah kekuatan pemuda di negara tersebut.Sepertimana yang cuba dirungkaikan oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam kitab Wajibul Syabab Al-Yaum "waktu remaja ini adalah tempoh kekuatan dan semangat yang berpotensi kerana ia adalah pertengahan umur dan pertengahan setiap perkara adalah yang terbaik".

Spiritual ini harus dicampakkan ke dalam kelompok jiwa pemuda Islam.Bergerak tanpa kefahaman yang jelas,tidak akan menguntungkan tetapi apabila sebaliknya iaitu bergerak atas dasar kefahaman secara komprehensif akan melahirkan para pemuda Islam yang telus dan tulen dalam memperjuangkan agama Islam.

Solusinya,pemangkin bagi Jundullah yang sangat diharapkan meneruskan rantai-rantai perjuangan Rasulullah saw ialah para pemuda Islam.Setelah dikonkrit dan diperhalusi lagi,ini menunjukkan peranan pemuda Islam dalm memperjuangkan agama Islam merupakan satu sayap yang begitu penting .Ianya bukan semata perjuangan yang dilaungkan di kotak fikiran tetapi satu perjuangan yang harus dipraktikkan bagi menentang jenayah-jenayah sekular .Para pemuda diberi peranan dalam mempertahankan negara serta mengisi untuk memerdekakan negara masing-masing.Merdeka yang diinterprestasikan bukan sekadar menang menentang komunis bahkan merdeka dari sudut akidah,fikrah dan syaksiah.Adakah anda pemuda Islam????? Fikirkan..

Ya Allah.. Terima kasih.

Ya Allah.. Terima kasih atas rahmat yang telah Engkau berikan padaku ini... walau tika itu aku lalai dan jauh daripada Mu... tapi saat aku dalam kesusahan... memerlukan pertolongan... Engkau hulurkan bantuan.. mendalamnya kasih Mu padaku yang hina dan kerdil ini...

Ya Allah... Terima kasih... Sewaktu aku lemah... Engkau berikan aku kekuatan untuk menghadapi dugaan itu.. dengan penuh kasih sayang Engkau bawa aku dekat pada Mu... ampunkan aku Ya Rahman Ya Rahim.. sungguh luas hidayah dan perhatian Mu atas setiap hamba ciptaan Mu...

Ya Allah... Terima kasih... Walau aku jauh daripada Mu.. namun hidayah dan rahmat tetap Engkau berikan... sehingga aku begitu malu pada Mu kerana terlalu banyak derhaka yang ku lakukan.. aku leka.. tika aku senang... aku lalai...dalam ibadat ku.. aku asyik dengan maksiat yang aku lakukan.. sehingga Engkau memberi kesedaran pada ku dengan hidayah Mu yang mulia.

Ya Allah.. Terima kasih.. aku mohon agar aku tidak lagi jauh daripada Mu walau sedetik pon.. Ya Allah...aku ingin untuk berada di sisi Mu.. aku ingin keredhaan Mu.. Hanya pada Mu aku mengharapkan segalanya...

Ya Allah.. Terima kasih... kerana Engkau hembuskan rasa kesabaran dan kemaafan dalam hati ku ini.. pada makhluk Mu yang lain... dan dengan Kehebatan dan Kebesaran Mu aku maafkan setiap salah dan silap hamba Mu yang telah dilakukan pada ku.. aku hanya ingin Keredhaan Mu..

Ya Allah.. Terima kasih syukur pada Mu..
Ya Allah.. Aku hamba yang kerdil dan hina..
Ya Allah.. Aku banyak melakukan dosa..
Ya Allah.. Aku redha atas segala Ujian yang Engkau telah dan akan diberikan..
Ya Allah.. Aku terima ujian Mu dengan redha dan aku anggap itu anugerah untuk aku..
Ya Allah.. Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim Ya Zal Jalaa Liwal Ikram..

hanya Engkau tahu siapa aku..

Rabu, 27 Oktober 2010

pening kepala..

nape la saat ni jdi pening kepala plak....
tapi xpe la...tu anugerah allah kat aku...
maybe...untuk hapuskan dosa2 aku sebelum aku jumpa Dia..
hope gitulah...
kan sakit tu adalah penghapus dosa2 kita...dan juga sebagai ujian untuk hambaNya yang dikasihi..
supaya kita dekat dan dekat dan dekat pada Nya...

kedatangan ajal.........

Hakikatnya, ajal adalah perkara ghaib yang hanya diketahui oleh ALlah Taala. Firman Allah Taala:

Maksudnya, "Maka apabila datang ajal mereka, mereka tidak boleh meminta ditangguhkan walau seketika, dan tidak juga boleh mempercepatkannya".

Walaubagaimana pun, ada juga kalangan hamba-hamba Allah yang dicampakkan dalam hati mereka perasaan tentang hampirnya kedatangan ajal. Ia boleh berlaku kepada sesetengah orang.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri sebelum wafatnya sudah mengetahui tentang kedatangan ajalnya, lalu bersabda pada haji widak:

"Hendaklah kamu mengambil dariku amalan haji kamu. Kerana sesungguhnya aku tidak tahu barangkali aku tidak lagi berhaji selepas hajiku ini". (Sahih Muslim no: 1297).

Manakala tanda kedatangan ajal ialah melihat Malaikat Maut datang kepadanya. Jika dia seorang yang beriman, Malaikat duduk di sisi kepalanya dan berkata, "Wahai jiwa yang suci. Keluarlah kepada keampunan dan keredhaan dari Allah".

Adapun tanda-tanda kematian yang banyak tersebar yang mengatakan sejak 40 hari sebelum kematian lagi sudah ada tanda-tandanya, ia tidak berdasarkan fakta yang dipercayai.

Maka persediaan menghadapi kematian hendaklah dilakukan tanpa merujuk kepada tanda-tanda kematian. Kerana maut boleh datang secara tiba-tiba.

Wallahu A'lam.

bosan gila

bosan betul la.....
tak tau nk wat aper....
kalau ader awek kan bes....
leh gak sms...
jumpa ker...
mkn ngan awek ker...
tp nk wat cmaner....aku solo...
ader awek pon putus jer....
xtahu la pasal per..
asyik2 putus jer..
bosan bosan bosan...
hidup mcm ni....
siapa tahu aku???

SIAPA TAHU AKU???

siapa tahu aku....
hahahahaa aku x sangka akhirnya aku pon ade blog sendiri jugak..
padahal dulu aku malas nak ambik tahu pon...
ntah mcm mn plak aku bleh nk on blog...
aku pon xtahu....
siapa tahu aku....???
hmmmm tp ok la....hahaha hilangkan boring bleh la...