Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Rabu, 26 Oktober 2011

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Turutan

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Turutan

Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.


01 Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir


02 Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)


03 Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan


04 Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang

Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.


05 Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.


06 Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik


07 Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang


08 Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya


09 Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya


10 Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam


11 Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.


12 Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w


Kiamat Bermula

* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
* Asap dari bumi
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya


Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk


* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar
* Dimanakah kita?

Wallahua'lam ~mori

http://www.tranungkite.net/

Jumaat, 21 Oktober 2011

INDAH, TENANG DAN BAHAGIA...TAK DAPAT KU BAYANG DAN GAMBARKAN....

Sungguh aku tak sangka...dapat juga merasakan betapa indahnya, betapa tenangnya, betapa bahagianya aku sewaktu aku menunaikan solat... Dada ku lapang seluas mungkin... Umpama saujana mata memandang...Aku seolah-olah berada di alam lain, di mana aku sedang diperhatikan dengan penuh kasih sayangNya...


Dan aku rasakan cuma sekejap sahaja ibadat solat ku ketika itu... tidak pula aku terlupa atau teringgal satu rukun dan rakaat pon... Tidak mahu rasanya aku menghabiskan solat ku itu.. kerana nikmatnya yang tidak dapat aku gambarkan...


Apakah itu yang dinamakan khusyuk? aku tidak mendengar sebarang gangguan dikota besar ini... sepinya hanya terdengar seperti desiran angin yang bertiup lembut sahaja, sepoi-sepoi bahasa.. dapatkah lagi aku mengalami ibadatku sedemikian rupa selepas ini... Aku berharap...Tuhan akan sentiasa memberikan nikmatnya itu...agar aku rindu dan cinta sentiasa pada Allah dan RasulNya...


Ya Allah Ya Tuhan ku...berilah aku merasakan lagi manisnya nikmat Mu itu..rugi rasanya aku kerana dari awal aku tidak dapat merasainya..ya Allah, tolonglah hamba Mu yang begitu lemah dan tidak berupaya ini.. melainkan dengan izin dan kehendak mu Ya Allah..Amin... Wasalam

Selasa, 18 Oktober 2011

Bismillahirrahmanirrahim.. Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..
Isnin, 17 Oktober 2011
KOMANDAN & 37 PRAJURIT PENGAMAN MASUK ISLAM
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_x8RrXLaNpURlqHqtjn4WdtWEwEz4jExVgiiquqcvlfD6YNHY0poCt9PIt2bYh0Wb84YD-3JGqSmi0TM7avRL5mXF8O11LWk9PJyVmLuzJdptHg36cihmTNZZzYO-V3FLVFo7_Cv_CVU/s320/200405280041_01.jpg
KOMANDAN & 37 PRAJURIT PENGAMAN MASUK ISLAM: Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan pengaman PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq.

Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, beliau sering mengamati orang-orang Muslim bersolat berjamaah di Masjid. Kebetulan markas pasukannya berada dekat dengan masjid. Dia sangat hairan dengan gerakan-gerakan solat tersebut.

Oleh kerana ingin tahu, beliau mencuba meniru seluruh gerakan solat dan mempraktikkan di biliknya secara sendirian. Ketika mempraktikan itulah dia merasakan ada ketenangan dan perasaan damai yang hadir dalam hatinya.

Itulah sebabnya, pergerakan solat tersebut kemudiannya dijadikan program meditasi dalam pasukan yg dipimpinnya (disamping Yoga), dan ternyata sebahagian besar anggota-anggotanya setelah melakukan gerakan2 solat tersebut, mereka merasakan perasaan yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAMF8Vppe_C7axQQujHj4AT4dK8zILfK0h30EvN3xRlB0QaLjeuNvRf434QPXJApGiclNZYNa8GG7R3Mtijz7wdvtIWY6jZ8Y8J-KkBJR821khO0L3ahU7HpwaYvyVktiJGC3L1RvzbgE/s320/200405280041_02.jpg

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada anggota-anggotanya, beliau berkata : "Aku telah menemukan cahaya kehidupan yg sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya tersebut, dan cahaya itu adalah Islam".

Tanpa di duga, secara spontan 37 anggota bawahan yang dipimpin olehya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandan mereka - juga untuk memeluk Islam.

Subhanallah..!!
Walhamdulillah..!!
Allahu Akbar...!!

Jika anda rasakan artikel ini sangat berguna untuk dikongsi, sila lah "SHARE" di wall masing-masing..

Sumber : http://www.way-to-allah.com/en/journey/KoreanTroops.html


di copy semula...
http://indahnya-mimpi-ini.blogspot.com/2011/10/komandan-37-prajurit-pengaman-masuk.html

aku sentiasa di sisi mu, kamu sentiasa di dalam hatiku....

citer ni sambungan dari "bagaimana ingin aku luahkan"

Baru-baru ini...aku dapat tahu engkau bergaduh lagi...kali ini lebih teruk daripada dulu.. aku dapat rasakan..yang engkau begitu terseksa..hati mu hancur relai..jiwa mu remuk redam...lebih-lebih lagi..engkau tahu..engkau telah ditipu dan dicurangi... rupanya kekasih mu itu mempunyai wanita yang lain dalam hidupnya...

Wahai teman yang ku cintai dalam diam...aku tahu engkau kesunyian, dan merasakan tiada sesiapa lagi di sisi mu yang boleh dipercayai...tidak mengapa...kerana aku sentiasa di sisi mu, kamu sentiasa di dalam hati ku..walau aku pernah bertanya siapa aku pada mu...dan jawapan mu, aku adalah teman terbaik mu yang pernah kamu ada dan percayai waktu ini..

Wahai cinta ku yang rahsia hanya aku sahaja yang tahu dan memendam rasa... usah dikau risaukan...walau bagi mu aku hanya teman terbaik mu yang pernah kamu ada... aku akan tetap ada untuk mu..sehingga Allah tentukan sampai bila hayatnya aku ada... pedih,remuk,sedih dan kecewa dengan sikap kekasih mu itu,yang langsung tidak mahu menghargai mu... namun biarlah aku yang rasa...

Wahai buah hati ku yang ku kasihi.... jika dapat kedukaan mu, kesedihan mu, kepiluan mu itu dipindahkan rasa kepada ku..aku sanggup menanggungnya..kerana aku cinta pada mu...aku ikhlas menyintai mu..walau di dalam diam ku memendam segalanya..

Engkaulah insan yang aku kasih...walau status engkau J>A>1....aku sudi terima...tabahkan hati mu...kuatkan semangat mu...teguh jiwa mu...yang aku bersama di sisi mu..walau aku jauh daripada mu... sungguh AISHITERU......

Teman ku Sayang... andai kata aku tiada di dunia ini suatu hari nanti...janganlah kamu berputus asa...ingat pesanku...Allah akan bersama kita...mohonlah padaNya...Dia akan memperkenankan..dan itulah janjiNya....Cubalah kamu baca...maksud tafsir surah Al-Mukminun....segalanya ada di dalamnya....semoga engkau memahaminya.. 

Teman Ku Sayang...dekatkan diri mu,jiwa mu dan hati mu pada Allah..sesungguhnya..dia mengaturkan ujian itu supaya kamu lebih mengenali diri mu dan seterusnya kamu mengenaliNya...sekian...kau yang ku cinta di dalam rahsia... SIAPA TAHU AKU..

Khamis, 13 Oktober 2011

dikau dalam kenangan kami

walau dirimu ku tak pernah kenal....
kau tetap memberi nasihat yang terbaik pada aku...
teman-teman mu yang aku kenali...
begitu baik dan sentiasa menasihati..

saudara-saudara mu...
seolah-olah seperti mengenali ku...
terasa seperti keluarga ku....

teman sejati mu...
begitu setia pada mu...
belum pernah ku jumpa lelaki sebaik dia....

setelah kau pergi...
aku hanya mengenali mu melalui potret ...
dikau meninggalkan kesan yang mendalam...
kami seperti ada ikatan yang kuat...
semuanya kerana dikau....
gigih berusaha menyatu ummah...

kau srikandi...
disebalik kabus...
terpancar cahaya...
menyinari silaturrahim...

sungguh dikau dalam kenangan kami....
kami juga akan menyusuri mu...
menuju kehidupan ke alam sana...
semoga dikau bahgia di sana...