Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Khamis, 26 September 2013

RAMUAN PERAWAN



AlhamduLILLAH, selepas artikel ringkas berkenaan “Kembali Dara’ melekat di dinding FB sang faqir, banyak respon yang diperolehi.

Daripada banyak-banyak respon yang diperolehi, respon dari golongan wanita yang masih belum mendirikan rumahtangga juga ada, dengan pertanyaan ; “Bolehkah remedy tersebut diamalkan oleh mereka yang masih belum berkahwin?”

Jawapannya adalah BOLEH, TETAPI TIDAK DIGALAKKAN. Hal ini adalah kerana keadaan rahim dan vagina bagi mereka yang masih belum berkahwin adalah berbeza dengan mereka yang telah berkahwin. Antara fungsi ramuan sebelum ini adalah mengetatkan menguatkan rahim dan otot vagina, kerana terdapatnya manjakani (buah) di dalamnya, sinergi manjakani mendominasi ramuan tersebut bagi fungsi yang telah disebutkan.

Di sini sang faqir berkongsi remedi bagi KAUM GADIS dalam penjagaan dalaman.
Masalah utama bagi kaum gadis adalah masalah dismenore atau bahasa mudahnya Senggugut. Permasalahan senggugut ini jika dibiarkan daripada sebelum berkahwin lagi, akan mendorong kepada risiko sukar beroleh zuriat, masalah sista (cyst) ataupun fibroid dan paling utama adalah masalah keputihan yang tidak terkawal. Tidak kiralah senggugut primer atau sekunder.

Hal ini termasuk dengan mereka yang mengalami masalah sembelit, masalah kegemukan, masalah alahan dan sebagainya.

Maka, sang faqir menyediakan bahanan yang merangkumi penyelesaian secara umum bagi permasalahan di atas, dan khusus bagi masalah rahim serta vagina.
Ramuan ini juga sesuai kepada mereka yang mengalami masalah haid yang tidak stabil juga masalah gangguan makhluk halus di dalam rahim.

Ramuan ini diberi nama PERAWAN. Perawan dalam istilah kaum gadis yang menjaga diri luaran dan dalaman.

BAHANANNYA (BEKALAN 3 PAGI PENGAMBILAN) :

1) Daun Sirih ( Kalau dapat selebar tapak tangan masing-masing) - 9 helai
2) Kulit Kayu Manis - 7 Batang
3) Bunga Lawang – 7 kuntum
4) Halia Muda – 3 Ulas ( Seulas 3 inci)
5) Gula Batu 3 ketul ( Seketul 3 inci) atau boleh digantikan dengan madu lebah 7 sudu (Selepas bahanan siap direbuskan).
6) Air putih 500-600ml.

KAEDAH PENYIAPKAN :

1) Kesemua bahan direbus dengan api yang perlahan selama 30-40 minit (sebaiknya periuk tanah).
2) Setelah siap direbuskan, bau bahanan ‘naik’, sifat bahanan asal berubah warna (contohnya hijau daun sirih bertukar menjadi kelabu).
3) Ditapis, kemudian diminum sebelum sarapan.
4) Pastikan semasa rebusan, elakkan berbuih-buih (direneh-reneh).
5) Bahanan yang telah ditapis, boleh digunakan semula untuk 2 kali rebusan, lebih dari itu, sinergi bahan sudah berkurangan.

TATACARA MINUM :

1) Diminum sebelum mengambil sarapan. Lazimnya sukatan air selepas rebusan, dari 500-600ml akan surut ke 300-400ml.
2) Pengambilan dilakukan selama 7 hari berturut-turut bagi mereka yang bermasalah. 3 hari berturut-turut bagi mereka yang normal (diamalkan setiap bulan selepas bersih haid)
3) Bagi yang akan melangsungkan perkahwinan, digalakkan pengambilan selama 2 minggu berturut-turut sebelum dari tarikh keramat tersebut.
DOA-DOA YANG DIGALAKKAN DIBACA PADA BAHANAN :
1) Al Fatihah 3x, berdoa pada setiap kali waqaf ayat : 3 (Ar Rahmanir Rahim).
2) Ayatul Kursi 3x berdoa pada setiap kali waqaf kalimat (Wala ya’u dhuhu ….)
3) 3 Qul 1x
4) Surah Al Waqiah : 35-36 (3x).

Mudah-mudahan ramuan dan ikhtiar ini dapat membantu permasalahan kalian, anak-anak gadis kalian atau bakal isteri kalian.

InsyaALLAH Aamiin.


daripada: Ust.Wan Asrul Al-Aydrus

KEMBALI DARA



Seringkali hari ini, kita dengar tentang keluhan dari kaum lelaki akan ketidakpuasan mereka dengan isteri masing-masing. Malahan tidak kurang dengan itu, kaum wanita juga mengadu tentang masalah seksual, yang mereka tidak mampu memberi kepuasan kepada suami mereka. Kenapa hal ini berlaku? Mudah sahaja, keterlepaspandangan akan penjagaan rahim dan alat sulit.

Selain dari masalah vagina yang berbau, masalah 'longgar' juga meruncing kaum wanita.

2 permasalahan ini timbul akibat dari sikap sambil lewa atau tidak endah dengan penjagaan semasa dalam pantang selepas bersalin terutamanya. Sehingga menjadikan batu merian (G-spot) lemah, seterusnya menjejaskan hubungan seksual, malahan bukan itu sahaja, ianya melibatkan emosi yang tidak stabil.

Antara tanda menunjukkan wanita mempunyai masalah rahim adalah :

1) Wajah yang kusam
2) Kering
3) Sentiasa lesu dan tidak bermaya
4) Pucat
5) Jerawat yang teruk dibahagian pipi

Untuk penghuraian masalah tersebut, nantikan kuliah Rahsia Rumahtangga Bahagia di TIAF, Telok Mas, Melaka.

Jika sebelum ini sang faqir berkongsi remedi bagi kaum lelaki. Kali ini, sang faqir ingin berkongsi remedi khas, istimewa, ajaib, khusus dan mudah bagi kaum wanita pula.

Sang faqir namakan remedi ini, remedi KEMBALI DARA. Istilah kembali dara bukan bermaksud mengembalikan hymen(selaput dara), tetapi mengembalikan keadaan vagina dan rahim seperti anak dara malahan lebih baik dari anak dara.

Ramuannya (Untuk 2 hari Penggunaan):

1) Biji Halba 1 genggam

2) Bunga Cengkih 7 cubit

3) Buah Manjakani 3 biji (dibelah dua)

4) Gula Batu 3 ketul (optional) - boleh digantikan dengan madu lebah 3-5 sudu (dicampurkan setelah ramuan siap direbus).

5) Biji Ketumbar 3 sudu besar

6) Halia 3 Ulas.

7) Air putih 500ml - 1 Liter.

Kaedahnya :

Kesemua bahan di atas, dicampur di dalam satu periuk (sebaiknya periuk tanah). Direbus selama 30-40 minit dengan api yang perlahan.

Selesai rebus, air tersebut ditapis, dan diminum sebelum mengambil sarapan pagi, selama 7 hari berturut-turut( untuk mereka yang bermasalah), 3hari berturut-turut( untuk yang normal, diamalkan sekali sebulan).

Bahanan rebusan tersebut, boleh digunakan sebanyak 2 kali rebusan (sekali lagi rebusan setelah rebusan yang pertama), lebih dari itu, kesannya kurang sinergi (tenaga).

Bahanan di atas berfungsi sebagai :
1) Membaiki fungsi rahim dan vagina.
2) Membersihkan lebihan darah nifas atau haid yang melekat di dinding rahim
3) Membersihkan lendiran berbau.
4) Mengetatkan bahagian yang sepatutnya ketat.
5) Mengatur semula kitaran haid yang tidak teratur.
Dan lain-lain lagi dengan izin ALLAH.

Antara petanda bahawa tindak balas bahanan di atas memberi kesan positif, pipi akan kemerah-merahan tanpa perlu memakai blusher, tubuh akan segar dan lazimnya, kedinginan seks akan bertukar menjadi keinginan seks.

Harus diingatkan, cara ambilan perlu mengikut aturan, kerana jika terlebih dos atau terlebih sukatan pengambilan, bimbangnya mengundang masalah 'hari-hari mau'.

CARA MINUM :
1) Duduk tegak
2) Tangan diletakkan di bahagian ari-ari dalam keadaan menadah(semasa minum, rahim diangkat)
3) Paha kanan kiri dikepit (vagina dikemut semasa minum), buat kiraan 40 detik, kemudian kemutan dilepaskan.

Soalan yang bakal muncul:

1) Waktu bila hendak ambil?
J : Waktu pagi sebelum menjamah sarapan, sebaiknya seminggu sebelum haid atau sejurus selepas haid.

2) Bolehkah wanita hamil boleh minum?
J : TIDAK BOLEH. Cuma, ianya AMAT digalakkan untuk wanita di dalam pantang selepas melahirkan anak atau keguguran.

3) Bolehkah wanita yang menyusu anak mengambilnya?
J : Boleh, tiada masalah, malahan amat digalakkan.

4) Bolehkah kaum lelaki hendak cuba minum?
J: Boleh, tiada masalah, baik untuk usus (jika buah manjakani diasingkan dari remedi).

5) Berapa lama atau berapa banyakkah pengambilan yang perlu diambil untuk kesan yang mantap?
J: Tiada jaminan masa, cuma kalau ianya menjadi (dengan izin ALLAH), suami pasti merasakan dirinya adalah lelaki paling bertuah di dunia. Untuk kesan yang baik, amalan yang konsisten disamping penjagaan pemakanan yang seimbang beserta gaya hidup yang sihat.

Sebagai Muslim, setiap ikhtiar perlulah didahulukan disertakan dengan doa kepada ALLAH.

Dibacakan (pada bahanan sebelum direbuskan) :

1) Al Faatihah 3x (Doa di dalam hati pada setiap kali waqaf ayat : 3 - Ar Rahmanir Rahim)

2) Al Kautsar 11x

Sebelum minum, dibacakan Selawat 7x dan berdoa akan hajat yang diinginkan bagi ikhtiar tersebut.

* Sepatutnya, amalan-amalan dan petua-petua seperti ini perlu dimahiri oleh kaum suami supaya kaum isteri dapat memberi layanan seperti yang didambakan (kaum suami).

Jagalah dalaman anda untuk kebahagiaan dalaman rumahtangga anda.

Semoga dipermudahkan ALLAH.

Diizinkan share dan dikreditkan di Page TIAF.
daripada:
Ust.Wan Asrul Al-Aydrus

Khamis, 12 September 2013

REMEDI UNTUK MENGURANGKAN & MENGAWAL BERAT BADAN Oleh Ust Wan Asrul Al-Aydrus




Remedi Kurus & Pelansingan

Terbaru, kita dihebohkan dengan penemuan bahan terlarang di dalam ubat kurus dan pelansingan.

Hal ini sebenarnya sudah lama menjebak industri ubat-ubatan kurus dan pelansingan dari sejak ianya mula dikomersialkan.

Adapun, sang faqir ingin berkongsi remedi(ramuan) alamiah untuk ikhtiar bagi masalah kegemukan atau berat badan berlebihan.

Bahan yang sang faqir kongsikan adalah bahan yang mudah diperolehi, senang diamali, dan mujarab secara alami, insyaALLAH.

REMEDI UNTUK MENGURANGKAN & MENGAWAL BERAT BADAN

Bahanannya adalah :
Madu Lebah
Kurma
Minyak zaitun
Cuka epal
Minyak Habbatus sawda'

Kaedahnya:
Sebelum tidur malam - Madu lebah 1 hingga 3 sudu besar + Cuka Epal 1 hingga 3 sudu besar, dicampur ke dalam secawan air 100ml.
Diminum sebelum tidur. Pastikan tiada pengambilan sebarang pemakanan berat atau ringan sejurus selepas minuman ini diminum. (Sebaik mungkin pastikan membuang air besar sebelum sarapan)

Selepas Bangun Dari Tidur (Sebelum sarapan) - Madu Lebah 1 hingga 3 sudu besar + Minyak Zaitun (EVOO) 1 hingga 3 sudu besar + Minyak Habbatus Sawda' 1 hingga 3 sudu kecil, digaul kesemua bahan ini dalam satu cawan atau piring, kemudian ditelan. Tidak digalakkan berlapikkan air, air diminum setelah 15-20minit bahan di atas di telan.

Semasa Sarapan - Displinkan diri memakan kurma sekurang-kurangnya 7 biji dan segelas air putih 200ml.

Selepas Makan Tengahari - Ulangi langkah seperti sebelum tidur.

Sebelum Maghrib - Minyak zaitun (EVOO) 1 hingga 3 sudu besar, di telan.

Malam sebelum tidur, ulangi langkah seperti yang tertera di atas.

Nisbah setiap bahan, 3 sudu minyak zaitun = 1 sudu madu lebah. 1 sudu madu = 1 sudu kecil minyak Habbatus Sawda'.

Tempoh pengambilan remedi ini bergantung kepada tahap kegemukan dan masalah berat badan individu. Sebaiknya diamalkan secara konsisten.
Dalam tempoh masa 14 hari, insyaALLAH akan diperlihatkan kesannya.

Berat badan akan menurun secara yang alami tanpa ada kemudaratan. InsyaALLAH.

Elakkan atau kurangkan pengambilan minuman sejuk dan berkarbonat. Kurangkan memakan daging pada waktu malam. Aktifkan diri dengan riadah, walaupun riadah ringan. InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan segala urusan.

Bakal menyusul post berkaitan Remedi Masalah Selulit (wanita) dan Remedi Masalah PJK (perut jalan ke depan) bagi lelaki. InsyaALLAH.

*Ramuan di atas SESUAI untuk penderita gastrik dan TIDAK SESUAI untuk ibu hamil.