Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Jumaat, 29 November 2013

POLIS JUGA HAMBA ALLAH, ANDA JUGA HAMBA ALLAH, LUPAKAH KITA?

AKU MENULIS BUKAN KERANA TERPAKSA...

Kenapa perlu PUKUL RATA?

Hari ini kebanyakan orang di Malaysia terbawa-bawa dengan sikap terikut-ikut.

Polis dicemuh dan dicerca kerana melaksanakan undang-undang. Tidak dinafikan bahawa memang ada anggota polis yang tidak jujur menjalankan tugas, menyeleweng dan sebagainya kerana sang faqir membesar dalam komuniti polis, dibesarkan dan disara oleh seorang anggota polis.

Agak terkesan dengan kata seseorang yang pernah sang faqir hormat, "ana benci tengok polis, kalau ada polis di sini ana haramkan dia masuk ke rumah ana, kalau datang ana halau, semua polis tak boleh pakai". Semasa itu, agak terkedu kerana kata-kata itu keluar dari mulut seorang yang mengaku ahli sufi, pada masa itu, sang faqir menganggapkan ianya adalah syatah darinya, husnuz zhon, akan tetapi kalam tersebut sentiasa diulang-ulang.
"Begitu hinanya abah aku" detik hati kecil sang faqir.

Sememangnya ada polis yang tidak jujur, memang ada, sang faqir membesar dalam komuniti mereka dan menyaksikan semua yang baik dan tidak baik, tetapi janganlah pula semua dicop sama.

Walaupun abah sudah pencen, sang faqir masih dapat melihat dan rasakan kesungguhan abah membesarkan kami adik beradik dengan asbab gaji sebagai seorang Polis.

Kalian mungkin sedap berbicara, tetapi pandanglah kanan kiri depan belakang dahulu sebelum menuntun kata.

ALLAH MAHA ADIL, selagi belum diuji yang sesekali MENGAKU kita sebagai orang yang beriman.


credit by: Ust Wan Al-Aydrus

Tiada ulasan: