Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Selasa, 9 Ogos 2011

Ramadan Dan Merdeka

Kita menyambut bulan Ramadan pada tahun ini di dalam bulan Kemerdekaan. Amat besar maknanya, dimana hari raya puasa disambut dengan hari kemerdekaan. Aidilfitri itu menandakan kita berjaya memerdekakan diri kita untuk melawan nafsu selama sebulan. Dan kemerdekaan itu juga adalah hari raya untuk kita. Erti kata lain, kita BEBAS dan BERJAYA hadapi rintangan.

Begitulah juga pejuang-pejuang kita dahulu yang telah berjuang bermati-matian untuk mempertahankan dan membebaskan agama, bangsa dan tanah air kita daripada penjajah durjana. Maka oleh itu, kita sebagai generasi baru. Hargailah jasa-jasa dan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh datuk nenek moyang kita dahulu yang bertungkus lumus memerah tenaga demi untuk menyenangkan dan mengamankan kita padahari ini yang telah kita kecapi.

Jangan dilupa pada jasa mereka, sayangilah negara kita. Bebaskanlah minda kita daripada terus dijajah. Ramadan juga mengajar kita erti perjuangan, demi mempertahankan iman dan melawan hawa nafsu. Selamat Berpuasa Dan Selamat Berjuang. Selamat Hari Raya Puasa dan Selamat Hari Merdeka.

MERDEKA!!
MERDEKA!!
MERDEKA!!
MERDEKA!!
MERDEKA!!
MERDEKA!!
MERDEKA!!

ISLAM AGAMA YANG BENAR.