Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Khamis, 7 Julai 2011

perlukah buktikan sayang itu?


Cinta, kasih dan sayang tiada buktinya, kerana bukti itu palsu semata-mata. Dan bukti itu akan hilang bila sampai masa/waktunya. Yang perlu hanya ditunaikan rasa cinta, kasih dan sayang itu, amat mustahil jika manusia itu sanggup berkorban nyawa untuk orang yang dicintai, dikasihi dan disayangi. Kecuali berkorban harta atau wang ringgit, kerana bila seseorang tu bekorban nyawa, pastikah orang kita kasihi itu akan tetap bersama dan menanti kita di "sana", dan akan ingat pada kita selepas kita terkorban? Silap haribulan, sedekahkan al-fatihah pun tiada.

Kita hanya dapat memberitahu orang yang kita cinta, kasih dan sayang tu, dengan gambaran kata-kata sahaja. Namun, melakukannya tidak sama sekali.. banyak contoh yang terjadi skarang...bila bercouple...bawak makwe keluar jalan2....makan2...dating... bila terjadi sesuatu yang tidak diingini...ditahan..atau dikepong oleh orang yang tak dikenali..kalau sorang dua...mungkin sanggup melawan..dan ade yang x melawan pon..kerana takut sakit atau dibunuh dan mati(terkorban)...hanya biar dan lihat pasangan kita dicabul/dirogol depan mata.. kerana takut mati...

Di sini...mana buktinya sanggup berkorban nyawa? jawapannya tiada...kenapa? kerana kata-kata dan janji-janji sanggup berkorban dulu hanya bualan kosong sahaja...hanya trip atau taktik untuk memikat si gadis dan ditambah pula janji2 manis yang lain...ditabur pula dengan wang ringgit...tak dinafikan...wang ringgit dan harta diperlukan...tapi itu bukan bukti...ianya adalah fitrah dunia kini...

Sebab itu bila saya kata cinta..kasih dan sayang tiada buktinya...dan hanya perlu ditunaikan...namun dunia kini...itu semua sudah tidak dipandang lagi oleh kita..kerana kebanyakan/majoriti...sekarang ini hanya tipu helah semata-mata... (NAMUN INI ADALAH CINTA, KASIH DAN SAYANG KEPADA MAKHLUK SAHAJA..)

Berlainan pula cinta, kasih dan sayang kita pada Allah.. inya perlu dibuktikan dan ditunaikan. Iaitu BERKORBAN harta jiwa ataupun nyawa. Kerana Cinta, Kasih Dan Sayang kepada Allah, adalah hakiki dan sejati. Maafkan saya jika salah dan silap. Hanya Allah yang lebih Mengetahui.