Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Rabu, 16 Februari 2011

KEISTIMEWAAN RASULILLAH



Pada 15/02/11 jam lebih kurang 1015 hrs mcm tu la...aku hadir ke majlis ceramah maulidur rasul..bertajuk keistimewaan rasulullah.disampaikan oleh imam satu Masjid Firdaus selayang Ustaz Mohd Syamsul..aku betul2 menitiskan air mata bila ustaz tu sebut.... 

Nabi kita Muhammad S.A.W amat menyanyangi kita sebagai umat baginda. Betapa baginda menyebut kerinduannya pada kita semua sebagai umatnya. Walau pun pada masa tersebut kita masih belum wujud... Dan ada sahabat disekeliling baginda,. Yang menyatakan kami ada bersamamu wahai Rasulullah.tapi Nabi Muhammad menegaskan bukan mereka. 

Sehingga menimbulkan rasa cemburu para sahabat. Baginda memberitahu para sahabatnya. Alangkah betapa rindu dan sayangnya baginda pada ikhwannya. Iaitu umatnya yang tidak pernah melihat dan mengetahui rupa paras, budi pekerti  Rasulullah dan tidak pernah mengikut berjuang bersama baginda tetapi hanya mengetahui melalui al-quran dan hadis. 

Akan tetapi kerinduan dan kasih sayang mereka itu amat mendalam kepada Rasulullah. Itulah dinamakan Ikwan. Iaitu kita semua umat baginda. Walau baginda sakit tenat, baginda masih ingat pada kita. ya Allah betapa hebatnya kita, betapa disayangi, betapa dirinduinya kita oleh baginda rasulullah.. 

Sedangkan kita belum lagi wujud pada waktu itu..namun kasih sayang dan kerinduan baginda pada kita amat mendalam.. Syukurlah kita... kerana mendapat kerinduan dan kasih sayang Nabi muhammad S.A.W walau baginda tidak penah melihat dan berjumpa kita.

Tapi sedarkah kita semua?? dalam diam-diam...kita semakin meninggalkan baginda. ya Allah...jika baginda masih ada...betapa sedihnya baginda....Bagaimana cara kita meninggalkan baginda??? Tidakkah kalian lupa wahai saudara-saudara ku... kita semakin lupa akan sunnahnya...kita semakin lupa ajarannya..kita semakin leka berselawat ke atas baginda..tidakkah itu semua semakin menjauhkan kita..makin menambah jurang antara kita dan Rasulullah S.A.W..

Oleh itu kawan2 ku...marilah kita sentiasa amalkan ajaran islam..amalkan sunnah baginda..paling tidak pun kita berselawatlah kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. semoga kita sentiasa dekat dengan Allah dan Rasulnya yang paling dicintai dan disayangi oleh Allah. wallahu 'alam.. ALLAHUMMA SHOLLI 'ALA MUHAMMAD. WA 'ALA ALI MUHAMMAD.