Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Sabtu, 13 Julai 2013

‘DETOX’ KAEDAH TERAPI ISLAM

Wan Asrul Al-Aydrus


AssalaamuAlaykum WarahmatULLAHi Wabarakaatuh,
Semoga keberadaan sekalian sahabat di dalam alam amal yang diredhai dan diberkati ALLAH.

AlhamduLILLAH, ALLAH masih panjangkan usia kita masing-masing dalam mengharungi Ramadhan yang penuh keberkatan ini, betapa beruntung dan bertuah mereka yang dapat memanfaatkan setiap saat hidup mereka di dalam Ramadhan.

Sebelum ini, sang faqir ada memberi maklum balas kepada sahabat yang bertanyakan tentang pemberian vaksin kepada anak. Hasil dari situ, pelbagai reaksi yang sang faqir terima, ada yang menolak cara sang faqir, ada yang bersetuju dan menyokong.

Adapun dalam post tersebut ada diberitahu dari awal, jika tanya sang faqir, sudah tentu sang faqir nyatakan tidak perlu. Tidak semestinya WAJIB ikut cara sang faqir, dan sudah tentu sang faqir mempunyai sebab yang kuat untuk memilih cara tersebut. Sebabnya? Sudah dibantu oleh sahabat-sahabat untuk menjawab akannya.

Namun untuk kali ini, sang faqir tidak mahu memanjangkan isu tersebut, semua orang mempunyai hak masing-masing ke atas anak-anak mereka, dan sudah tentu mereka sudah melakukan kajian yang terperinci sebelum mengambil keputusan untuk tidak memberi vaksin suntikan kepada anak mereka, maka kepada yang Pro-vaksin, diminta hormati keputusan kami yang dianggap ‘kolot’ dan ‘mengarut’ ini.

Sekali lagi, sang faqir tidak mahu memanjangkan soal ini, terpulang kepada keyakinan dan kefahaman masing-masing asalkan tidak menjejaskan nyawa dan harta benda orang lain. Tiada guna berbahas dengan sesuatu yang seakan-akan tiada penghujungnya.


Kaedah yang sang faqir amalkan adalah kaedah Terapi Islam.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kaedah Terapi Islam, iaitu kaedah alamiah, ianya melibatkan 9 KEADAAN PENTING (PENENTUAN RAMUAN DAN CARA TERAPI), selepas 3 LANGKAH AWAL YANG UTAMA.

3 LANGKAH UTAMA adalah :
1) Diagnos
2) Punca
3) Simptom

9 KEADAAN PENTING (penentuan ramuan dan cara terapi), adalah :
1) Umur
2) Jantina
3) Jenis Masalah
4) Cuaca
5) Waktu
6) Tempoh menghidapi masalah (Bagi yang bermasalah)
7) Kekerapan masalah muncul (Bagi yang bermasalah)
 Suasana persekitaran kerja atau tempat tinggal
9) Tabiat

Semua langkah ini TIDAK BOLEH DILANGKAU dan inilah SOP dalam TERAPI ISLAM.

Prinsip dan Etika amat ditekankan dalam pengamalan Terapi Islam, dan Ahli Terapi Islam tidak boleh ‘hentam semborono’ tanpa melalui SOP di atas.

Oleh itu, jangan mudah melabel seseorang itu kolot atau mengarut tanpa memeriksa atau bertanya terlebih dahulu.

Adapun, kepada mereka yang ingin melakukan ‘detox’ kepada diri atau anak-anak untuk bahan yang diragui masuk ke dalam tubuh masing-masing.

Di sini sang faqir kongsikan salah satu kaedah mudah dalam Terapi Islam bagi masalah tersebut, yang juga kaedah dalam men’detox’ racun dari dalam tubuh, sama ada racun sintetik, atau racun puja (sihir).

KAEDAHNYA:

Sediakan, 7 sudu besar Madu, 3 sudu besar kulit kayu manis (yang telah diserbukkan), 3 sudu besar bunga cengkih (yang telah diserbukkan). Bekalan ramuan di atas adalah untuk 2 hari (dos dewasa).

Kesemua ramuan tersebut DICAMPUR DAN DIGAUL sehingga SEBATI. Dibiarkan selama satu malam.

Cara pengambilan (diamalkan istiqomah 7 hari berturut-turut) :

Ramuan diambil 1-3 sudu besar (dos dewasa), 1-3 sudu teh (dos kanak-kanak, 2-5tahun), satu sudu teh (dos kanak-kanak 1-2 tahun), diberi hisap dari jari telunjuk ibu atau ayah bayi (dos 6 bulan-11 bulan), diberi sedikit hisapan dari hujung jari yang dicalit sedikit bahan ini (dos 1hari- 6bulan) . 

Untuk dos yang menggunakan sudu, dicampur ke dalam air suam atau air putih biasa, diminum sebelum sarapan (selain dari bulan Ramadhan), untuk bulan Ramadhan, diminum sebelum bersuhur(makan sahur).

Untuk bayi, ibu sebaiknya mengambil minum ramuan ini, dan ianya akan bercampur dengan susu ibu, jadi tidak perlu diberi ‘direct’ kepada bayi jika kurang yakin.

Untuk permasalahan perokok tegar (yang ingin berhenti), boleh juga dicuba, ramuan ini diminum dengan air yang telah direndam dengan daun sirih (Air sirih). Diminum sebelum makan sebarang makanan.

Ramuan ini elok didoakan dengan :

Istighfar 21x

Selawat 21x

Al Faatihah 3x
Al Isra’:81 7x (mohon semoga ALLAH keluarkan segala bendasing yang tidak diperlukan tubuh)

Al Ikhlas 7x

Sebaiknya ramuan ini disimpan dari awal, insyaALLAH boleh digunakan saat kecemasan.

Semoga bermanfaat, InsyaALLAH Aamiin.