Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Khamis, 6 Jun 2013

Diangkat Satu Darjat

Pada 24/05/13 jam lebih kurang 1530 aku telah sah menjadi suami orang. Daripada alam bujang, aku diangkat satu darjat menjadi suami. Ini bermakna aku telah dilantik menjadi seorang pemimpin untuk orang lain secara sah dan mutlak. Tiada yang dapat menyangkal pelantikan aku sebagai pemimpin kepada orang kerana ianya sah dan mutlak disisi Allah.

Pengalaman akad nikah

Sewaktu akad nikah dan berjabat tangan dengan qadi, aku tidaklah gementar, dan itulah kenyataannya. Bukan aku ingin mendabik dada dan merasa diri ini hebat. Tetapi sewaktu doa dibacakan aku merasa sedang menanggung suatu tanggungan yang amat besar dan berat. Aku menggeletar dan bimbang, takut aku tidak mampu menanggungnya. Namun, aku sentiasa berselawat dan berzikir di hati supaya aku dapat tenang dan tabah memikulnya. Kita semua tahu, bila kita bernikah kita akan menanggung segalanya untuk isteri. Kita juga harus mendidiknya dengan penuh hikmah supaya kita tidak kecewa dikemudian hari nanti. Itulah tandanya kita telah diangkat satu darjat.

Doa ku...

Semoga pernikahan kami kekal selamanya. Semoga Allah berkati pernikahan kami. Aku mohon agar kalian doakan masjid yang kami bina ini terus utuh dan kukuh, walau tsunami melanda. Aku juga doakan semoga kalian semua bahagia keakhirnya walau kadang-kadang taufan menggila. Amin. Wassalam.