Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Rabu, 27 November 2013

Aiman sudah remaja

AKU MENULIS BUKAN KERANA TERPAKSA.....

SEKRANG NI MUSIM BERSUNAT/BERJAWI.

Sepupu aku juga tidak terlepas.

Pada 25 November 2013@1700hrs Sepupu aku yang berumur 9 tahun telah tiba masanya untuk meningkat ke alam remaja. Pada hari ini Aiman telah bersunat atas permintaannya sendiri kerana tidak sabar lagi untuk menrmpuhi  alam remaja. Sudah besar rupanya sepupu aku yang dulu pernah panjat dukung aku.

Pada mulanya Aiman mendapat undian yang pertama daripada tujuh belas peserta, sewaktu dapat undian pertama, mengikut cerita ibunya, muka aiman tiada darah kerana pucat dan mahu menukar nombor lain dan berjaya menukar nombor undian dengan peserta lain yang bernombor ke dua belas dan masanya tiba pukul 2130 hrs baru selesai.

Lucu rasanya mendengar celoteh sepupu aku di telefon, katanya tak sakit pun. Tetapi hebat juga sepupu aku kerana tidak menangis, seingat aku dulu, aku hanya disuntik 8 kali, tapi Aiman disuntik 10 kali. Wau, banyak juga, tabik spring la pada Aiman kerana berjaya harungi cabaran dengan selamat dan paling penting tak menangis.

Nampak gayanya kena makan ikan haruan bakarlah sementara sembuh. Itu petua orang-orang kampung dulu agar cepat sembuh dan tidak bernanah. Walau apa pun tahniah diucapkan buat Aiman. Semoga cepat sembuh.

Tiada ulasan: