Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Rabu, 27 November 2013

SABAR DAN REDHA

Sebagai hamba Allah kita harus sabar dan redha dengan ketentuan Allah terumanya berkenaan jodoh. Setelah berusaha, doa dan tawakal, sabar dan rehdala. 

Sebenarnya itu ujian daripada allah untuk menguji sejauh mn kesabaran kita. percayalah... bila kita telah ditemukan jodoh dengan pasangan kita... kita akan rsa sangat bersyukur... walaupon jodoh kita tidaklah cantik dan anggun seperti org lain...namun hati kita tenang dan tenteram sehingga tidak mampu kita luahkan bila berhadapan dengannya...saya beritahu berdasarkan pengalaman sy sendiri... tiga kali kecundang... sehingga sy kecewa dan pernah beritahu ibu saya, saya tidak mahu berkahwin... sy tidak sedar...semsa sy luahkan ayat tersebut, sy telah membuatkan ibu sy kecewa dan selepas itu ibu saya tidak pernah lagi bertanya berkenaan perkahwinan saya. sehingga selepas selepas tiga tahun, saya sedar, saya telah menderhaka padanya, kerana telah mengecewakan harapan dan impian beliau. 

Saya adalah anak sulung dan harapan ibu terhadap sy begitu tinggi mahu melihat saya bahagia. Suatu hari, saya telah memberitahu mahu berkahwin kepadanya, tetapi bakal isteri saya hendaklah ibu saya carikan sendiri. Pada ketika itu saya lihat pada wajah satu sinar yang memancar, dan keceriaan yang tidak terkata pada wajahnya, alhamdulillah selepas sebulan saya bertunang dengan gadis pilihan ibu sy, walaupun tidak cantik, dan usianya lebih berumur daripada sy, sy redha dengan a[pa yang telah allah tetapkan. Setelah 6 bulan bertunag, saya telah diijab kabulkan, dengan hanya sekali lafaz, saya telah bergelar seorang suami.

Pada mula sy dan dia hanya biasa, umpama kawan, tetapi semakin hari semakin rapat, saya lihat isteri saya semakin cantik, anggun dan menawan, dari segi rupa dan perangai sangat menyenangkan hati saya. 

Saya adalah seorang yang panas baran, namun dengannya saya telah terangkan segala-galanya. Sehingga kini kami tidak pernah bergaduh atau bertengkar, jika ada kesilapan, sy akan diam dan tegur secara baik, lebih menjadi seorang yang pemaaf. Kini saya dan isteri sedang menunggu kehadiran orang baru, alhamdulillah, allah telah aturkan yang terbaik untuk hambaNya. Saya juga belajar mengaji Quran dengan isteri saya.

PERCAYALAH, BANYAK HIKMAHNYA JIKA KITA SABAR DAN REDHA DENGAN SESUATU UJIAN ITU. IN SHAA ALLAH.

Tiada ulasan: