Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Ahad, 11 Disember 2011

Agar engkau tahu… Aku cinta padamu.

Ku dendangkan lagu ini..
Buatmu yang ku kasihi…
Mungkin ini dendangan terakhir..
Kasihku yang tidak terzahir..

Hanya aku pendamkan..
Nun jauh di sanubari..
Tidak pernah terkesan..
Olehmu di dalam hati..

Dengarlah laguku ini..
Tercipta khusus buatmu..
Ilhamku lahir dari hati..
Demi cinta ini terhadapmu..

Inginku luah rasa cinta..
Namun aku tiada berdaya..
Hati ini merasa bahagia..
Walau hanya kita bersua muka..

Ku dendangkan lagu ini..
Buatmu yang ku kasihi…
Mungkin ini dendangan terakhir..
Kasihku yang tidak terzahir..

Biar hanya aku memandang..
Dapat melihat sekilas wajahmu..
Namun hati ini merasa lapang..
Walau tiada senyummu diwajah..

Jauh sekali mahu memandangku..
Apatah lagi senyummu di bibir itu..
Bukan pandangan itu menatap wajahku..
Tidak juga senyuman itu untukku..

Namun lagu ini hanya untukmu…
Namun aku tetap cinta padamu..
Hatiku pasrah jika ini takdirku..
Kerna ku tahu aku tidak sepadan denganmu..

Apa yang dapat ku lakukan..
Hanya luahan lagu ini..
Agar engkau tahu…
Aku cinta padamu..

Ku dendangkan lagu ini..
Buatmu yang ku kasihi…
Mungkin ini dendangan terakhir..
Kasihku yang tidak terzahir..

Hanya aku pendamkan..
Nun jauh di sanubari..
Tidak pernah terkesan..
Olehmu di dalam hati..

Rabu, 7 Disember 2011

Aku Maafkan Kamu

Lirik lagu Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia

Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu

Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham

Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Khamis, 1 Disember 2011

hanya aku yang mengenali mu

kau tak tahu....
hanya aku yang lebih mengenali mu...
aku yang memahami mu...

aku mengerti masalah mu..
aku tahu kau memerlukan teman disamping mu..
aku juga tahu kau memandang ku hanya sebelah mata...

tapi..
kau tak pernah tahu..
siapa aku untuk mu...
bagi mu...aku hanya lalat...
datang tanpa dijemput...pergi pula di halau..

kau hanya nampak aku..
bila kau ditimpa kesusahan..
bila tiada teman yang lain di sisi mu..

aku...
umpama air paip...
dibuka bila mahu diguna...
ditutup bila tiada tujuan...

tapi aku diamkan...
kerana aku tahu kau dalam kesusahan dan kesedihan..
kesengsaraan dan pelbagai dugaan..

hanya di blog ini sahaja tempat aku meluahkan...
kerana bukan kau tahu siapa aku...
dan tiada siapa tahu...siapa kau..