Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Khamis, 16 Februari 2012

Perginya Kamu, Namun Kenangan Masih Bersama Kami

Bismillahirrahmanirrahim…
Setelah sekian lama aku mengumpulkan segala kekuatan, pada kali ini aku gagahkan juga untuk meluahkannya. Pada asalnya kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain, namun tuhan telah mempertemukan kita, mengeratkan hubungan kita walau tidak pernah bersua muka.

Gurau senda mu dan kembar mu di dalam muka buku membuat hati ku terpaut untuk mengenali mu dengan lebih dekat, tanpa ku sedari dalam aku cuba mendekati mu, Tuhan seawalnya lagi menjauhkan kamu daripada hidup ku, waktu aku ingin menyayangi mu seperti saudara ku sendiri, Tuhan lebih menyayangi mu daripada ku.

Tidak pernah kamu menceritakan kesusahan mu pada ku, kamu sentiasa menunjukkan reaksi gembira dan sentiasa ‘cool’.

Aku tidak berdaya untuk melawan takdir Yang Maha Esa, kerana aku juga adalah hambaNya yang daif, aku hamba yang hina, yang terlalu banyak menentangNya. Mungkin kerana itu aku dan kamu dipisahkan, kerana kamu lebih mulia dari ku, lebih suci dari ku. Agar aku tidak mempengaruhi mu, supaya mengikut jejak langkah ku yang telah tercemar. Jalan ku di penuhi liku-liku dan lubang-lubang api yang akan membakar, jika kamu mendekati ku.

Aku tidak dapat menanggung penderitaan yang kamu lalui, jika aku diberi keizinan oleh Tuhan, ingin aku pindahkan rasa sengsara yang ditanggung oleh mu itu kepada ku. Tapi itu hanyalah  perasaan ku, jauh sekali untuk aku tanggung derita mu. Sewaktu hayat mu, aku tidak pernah melihat wajah mu dengan nyata.

Namun sewaktu kamu hembuskan nafas terakhir mu, aku sedang lena diulit mimpi. Kamu hadir juga menziarah ku, walau hanya di alam maya. Sungguh tidak aku sangka, pertemuan kita di alam maya tersebut adalah pertemuan kita yang pertama dan terakhir.

Sungguh aku tidak dapat menahan sebak didada bila aku ketahui kamu telah pergi untuk selamanya dan sewaktu itu, adalah waktu aku didalam lena diulit mimpi.

Ya, aku pasrah dan aku juga redha atas pemergian mu. Aku percaya, kamu telah aman di sana. Ditempatkan dikalangan orang-orang yang beiman dan soleh, kerana sewaktu hayat mu di dunia ini, kamu telah sempurnakan apa yang diperintahkan pada mu.

Kamu telah menanggung derita yang amat perit, dan derita mu itu adalah barakah penghapus dosa-dosa mu.

Walau kamu telah tiada, namun kenangan mu bersama kami, tetap kami kenangi. Kamu telah tinggalkan kami satu contoh yang baik. keluarga mu, adalah keluarga kami juga.

Kami akan sentisa doakan kebaikan terhadap mu.  Kita akan jumpa di sana.

Nukilan ini ditujukan khas buat arwah: adik Najmudin (dik twinz bro n kami semua)