Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Jumaat, 18 Mac 2011

aku, sahabat ku dan isterinya.

Aku berkenalan dengan sahabat ku dan isterinya dalam beberapa bulan lepas. Seingat aku awal bulan januari 2011. Kami berkenalan di sebuah kedai mamak di Kuala Lumpur, mereka dikenali sebagai Amirul dan  isterinya Harlini ( bukan nama sebenar). Kami sentiasa mesra dan baik sesama kami seperti adik beradik dan tiada apa apa niat di hati aku hanya sebagai sahabat, tetapi suami Harlini cemburu bila aku bergurau dan berbual dengan isterinya Harlini. Sedangkan aku dan Amirul juga begitu rapat dan selalu bergurau senda dengannya. Mungkin silap aku juga kerana terlalu percaya kepada mereka dan menyangka Amirul tidak akan terasa hati dengan aku. Dan aku tidak pula terniat untuk menimbulkan rasa cemburu disudut hati Amirul. Lagi pun aku hanya bergurau untuk menghiburkan suasana sewaktu suram. 

Namun tidak ku sangka benar, memang aku tidak mengesyaki sesuatu pun, berkenaan guarauan ku itu telah menyebabkan keruntuhan sebuah masjid yang dibina oleh mereka berdua sekian lama. Penceraian itu berlaku kerana kecemburuan Amirul terhadap ku. Ya Allah betapa besar dan tidak terhingga kesalahan ku ini. Dapatkah aku kemaafan daripada mereka. Walau pun mereka memaafkan aku, namun aku sendiri tidak dapat memaafkan diri ku. Hanya beberapa bulan aku bersama mereka, aku telah memusnahkan rumah tangga yang mereka bina sejak beberapa tahun lalu.

Sekarang ini mereka hadapi proses mahkamah. Aku amat kasihan dengan isterinya Harlini dan simpati atas apa yang berlaku kepada mereka. Harlini begitu tertekan sehingga tidak dapat melelapkan mata beberapa malam. Sehingga aku memberi nasihat-nasihat yang baik untuknya. Aku nasihatkan Harlini supaya lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah agak dia tidak berasa kesunyian, disamping mendapat ketenangan dan kekuatan untuk menghadapi segala ujian ini. 


Sebenarnya dari awal lagi aku tidak mengetahui punca penceraian mereka dan punca kemarahan Amirul kepada isterinya Harlini. Tetapi ada seorang Mak Cik yang selalu lepak dan minum dengan kami memberitahu hal tersebut. Tetapi dia belum menceritakan siapa yang dicemburui oleh Amirul. Namun aku sendiri telah mengesyaki, bahawa akulah yang menjadi punca hal ini sebenarnya terjadi melalui kiasan bahasa dalaman Mak Cik tersebut. 


Namun aku pasrah dengan apa yang terjadi kepada mereka yang melibatkan aku secara langsung. Yang pasti selepas ini tiada lagi kemesraan kami semua seperti dulu. Tidak lagi aku perlu menunjukkan kemesraan aku kepada sesiapa. biarlah orang menyangka aku ini menyombong dan dan berlagak. Asalkan aku tidak menjadi punca pergaduhan orang lain. 


Maafkan aku....