Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Jumaat, 17 Mei 2013

Nukilan Ikhlas daripada ku : Musafir Dhaif.

Jika engkau harapkan CINTA daripada ku, percayalah tiada CINTA untuk mu.

Jika engkau mengharapkan KASIH SAYANG ku pada mu, mengertilah KASIH SAYANG ku hanyalah secebis hirisan untuk mu.

Jika engkau mahukan IKHLAS daripada ku, YAKINLAH, aku IKHLAS menerima mu seadanya, seperti engkau menerimaku.

Kerana CINTA ku hanya pada NYA, tidak mahu aku berkongsi CINTA itu dengan sesiapa. CINTA itu juga akan lenyap ditelan arus perubahan waktu senja.

Manakala KASIH SAYANG itu, aku hanya  menurut perintah NYA, agar tidak membenci sesama makhluk. Bimbang jika aku membenci mu, DIA akan melipat gandakan kebencianNYA pada ku.

Dan IKHLAS itu akan kekal bersama ku walaupun suatu hari nanti, aku telah tiada di samping mu, walau senja tidak kunjung tiba lagi, bagi menyambut mentari dinihari. IKHLAS tetap kekal dengan ku. 

Semoga engkau mengerti dan memahami nukilan Musafir Dhaif ini.

Rabu, 1 Mei 2013

Ketenangan

Bila dipagi hari sebegini mendengar bacaan Al-Quran terasa satu ketenangan jiwa yang meresap di lubuk hati. Apatah lagi bila kita membacanya, alangkah indah susunan ayat yang begitu menyentuh jiwa. Terimbau kembali sewaktu di asrama putera sekolah menengah, bila hampir masuk waktu subuh dan setelah selesai solat subuh, terdengar bacaan Al-Quran didalam kaset sehingga merasakan tenang perjalanan untuk menuntut ilmu. Rindunya suasana begitu.

REMAJA SEKARANG KEBANYAKANNYA KURANG DIDIKAN UNTUK MENGHORMATI ORANG LEBIH TUA DARIPADA MEREKA

ASSALAM DAN SALAM SEJAHTERA...

Tajuk di atas bukan kerana aku ini terbaik, tetapi melihat remaja zaman sekarang (Generasi Y) rasanya makin melampaui batas sebagai orang muda. Sepatutnya, mereka harus faham dan mengerti apakah nilai dan budaya hormat menghormati orang tua, orang lama atau orang yang kanan daripada mereka. Kemana perginya nilai yang dulunya sentiasa dididik oleh orang tua, supaya bersopan santun dan menghormati orang lebih tua. Aku pun tidaklah perfect sepenuhnya. Namun masih tersemat dihati sanubari, apa yang dididik oleh orang tua dahulu dan guru-guru. Mungkin mereka ini cepat belajar dan merasakan diri mereka lebih pandai dan berpelajaran. Jadi, ego dan merasakan memiliki kepandaian yang tinggi daripada orang lama.

Namun, mereka meletakkan nilai hormat menghormati dan budaya sopan santun jauh terperosok di lubuk hati dan tidak mengendahkan lagi budaya tersebut. Dengan pengalaman yang masih muda, dan ibarat kata orang tua "masih menyusu" sudah berlagak pandai seperti mengetahui segala hal. Apakah caranya orang yang lebih tua boleh mendidik mereka, supaya menjadi orang yang tahu dan mengamalkan erti adab dan kesusilaan dalam kehidupan harian mereka?

Mungkin silap kita sebagai orang lama, tidak begitu bertegas dan mengganggap mereka adalah remaja yang baik dan tahu erti adab dan kesusilaan. Tapi, tahukah kita yang ditunjukkan itu tidak berkekalan selamanya? Ya! Sememangnya tidak berkekalan. Dalam tiga bulan pertama mereka akan menunjukkan sikap yang patuh dan mengikut cara kita serta menghormati kita dengan adab sopan yang tinggi. Namun selepas tiga bulan, majoriti telah menganggap kita sebagai rakan mereka, dan nasihat serta teguran kita didengar secara endah tidak endah, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, itulah mereka.

Dengan sifat manja dan mudah terasa hati, tidak boleh ditegur dan tidak boleh dinasihati. Ketua pula lebih membela mereka dan menasihatkan kita supaya jangan memperkudakan mereka kerana mereka masih baru dan tidak tahu cara bekerja. Jadi, kita sebagai orang lama harus berlembut dan lebih banyak mengalah, jangan mengikut cara orang lama dahulu kerana zaman sudah berubah. Bagi aku, remaja sekarang lebih perlu dididik dengan lebih tegas sebelum mereka boleh menganggap orang lama, orang tua atau orang yang lebih kanan sebagai "kawan".


Itu hanya pendapat aku sebagai orang lebih tua daripada mereka, ada tempatnya kita perlu berlembut dan dan ada waktunya kita perlu bertegas. Tetapi, mereka itu (remaja) tidak memahaminya dan megambil sikap sambil lewa. Jadi, aku sebagai orang yang lebih tua daripa mereka akan mengambil sikap jika mahu belajar, bertanya dengan sopan, aku akan mengajar cara sopan. Jika mereka ingat mereka sudah pandai, terpulanglah. Sendiri buat sendiri tanggung.

Sekian.