Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Rabu, 27 Oktober 2010

kedatangan ajal.........

Hakikatnya, ajal adalah perkara ghaib yang hanya diketahui oleh ALlah Taala. Firman Allah Taala:

Maksudnya, "Maka apabila datang ajal mereka, mereka tidak boleh meminta ditangguhkan walau seketika, dan tidak juga boleh mempercepatkannya".

Walaubagaimana pun, ada juga kalangan hamba-hamba Allah yang dicampakkan dalam hati mereka perasaan tentang hampirnya kedatangan ajal. Ia boleh berlaku kepada sesetengah orang.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri sebelum wafatnya sudah mengetahui tentang kedatangan ajalnya, lalu bersabda pada haji widak:

"Hendaklah kamu mengambil dariku amalan haji kamu. Kerana sesungguhnya aku tidak tahu barangkali aku tidak lagi berhaji selepas hajiku ini". (Sahih Muslim no: 1297).

Manakala tanda kedatangan ajal ialah melihat Malaikat Maut datang kepadanya. Jika dia seorang yang beriman, Malaikat duduk di sisi kepalanya dan berkata, "Wahai jiwa yang suci. Keluarlah kepada keampunan dan keredhaan dari Allah".

Adapun tanda-tanda kematian yang banyak tersebar yang mengatakan sejak 40 hari sebelum kematian lagi sudah ada tanda-tandanya, ia tidak berdasarkan fakta yang dipercayai.

Maka persediaan menghadapi kematian hendaklah dilakukan tanpa merujuk kepada tanda-tanda kematian. Kerana maut boleh datang secara tiba-tiba.

Wallahu A'lam.

Tiada ulasan: