Amalan Jaga Diri
Mutaakhir ini banyak kejadian yang tidak diingini berlaku dalam
masyarakat kita. Tidak kira kejadian jenayah, kemalangan, bencana,
pukau, sihir dan lain-lain lagi.
Sang faqir mengambil sedikit
ruang untuk berkongsi serba sedikit amalan peninggalan Ulama terdahulu
untuk diamalkan dalam usaha dan ikhtiar mengelakkan berlakunya sebarang
marabahaya pada kita dan keluarga samada di dalam rumah atau di luar
rumah.
Kaedahnya :
1)
Baca Yaasin:82 3x, sebelum keluar rumah, apabila sampai di kalimah "Kun
Fayakun", doakan di dalam hati hajat perlindungan dari ALLAH semasa di
luar rumah, bayangkan diri kita dan keluarga.
2) Melangkah dengan kaki kanan beserta bacaan doa keluar rumah setelah rumah sudah dikunci dan sebagainya.
3) Apabila pulang ke rumah, apabila terpandang pintu rumah atau pagar
rumah, bacakan Yaasin:83 3x, apabila sampai pada kalimah "Tur ja 'un",
doakan di dalam hati perlindungan dari ALLAH semasa di dalam rumah,
beserta dengan tarikan nafas panjang melalui hidung, dan hembuskan
melalui mulut dengan lafaz Huu ke arah rumah.
Mudah-mudahan Perlindungan dari ALLAH daripada segala marabahaya menyertai kita dan keluarga. InsyaALLAH.
Kenapa baca dua ayat ini sahaja? Siapa yang mengamalkannya? Ada syarahnya, dan sudah pasti syarahnya adalah secara berhadapan.
Kepada yang ingin beramal dengannya, diizinkan amal. Semoga ALLAH memberkati kalian.
Wassalam
Amalan Jaga Diri
Mutaakhir ini banyak kejadian yang tidak diingini berlaku dalam masyarakat kita. Tidak kira kejadian jenayah, kemalangan, bencana, pukau, sihir dan lain-lain lagi.
Sang faqir mengambil sedikit ruang untuk berkongsi serba sedikit amalan peninggalan Ulama terdahulu untuk diamalkan dalam usaha dan ikhtiar mengelakkan berlakunya sebarang marabahaya pada kita dan keluarga samada di dalam rumah atau di luar rumah.
Kaedahnya :
1) Baca Yaasin:82 3x, sebelum keluar rumah, apabila sampai di kalimah "Kun Fayakun", doakan di dalam hati hajat perlindungan dari ALLAH semasa di luar rumah, bayangkan diri kita dan keluarga.
2) Melangkah dengan kaki kanan beserta bacaan doa keluar rumah setelah rumah sudah dikunci dan sebagainya.
3) Apabila pulang ke rumah, apabila terpandang pintu rumah atau pagar rumah, bacakan Yaasin:83 3x, apabila sampai pada kalimah "Tur ja 'un", doakan di dalam hati perlindungan dari ALLAH semasa di dalam rumah, beserta dengan tarikan nafas panjang melalui hidung, dan hembuskan melalui mulut dengan lafaz Huu ke arah rumah.