Aku berkenalan dengan sahabat ku dan isterinya dalam beberapa bulan lepas. Seingat aku awal bulan januari 2011. Kami berkenalan di sebuah kedai mamak di Kuala Lumpur, mereka dikenali sebagai Amirul dan isterinya Harlini ( bukan nama sebenar). Kami sentiasa mesra dan baik sesama kami seperti adik beradik dan tiada apa apa niat di hati aku hanya sebagai sahabat, tetapi suami Harlini cemburu bila aku bergurau dan berbual dengan isterinya Harlini. Sedangkan aku dan Amirul juga begitu rapat dan selalu bergurau senda dengannya. Mungkin silap aku juga kerana terlalu percaya kepada mereka dan menyangka Amirul tidak akan terasa hati dengan aku. Dan aku tidak pula terniat untuk menimbulkan rasa cemburu disudut hati Amirul. Lagi pun aku hanya bergurau untuk menghiburkan suasana sewaktu suram.
Namun tidak ku sangka benar, memang aku tidak mengesyaki sesuatu pun, berkenaan guarauan ku itu telah menyebabkan keruntuhan sebuah masjid yang dibina oleh mereka berdua sekian lama. Penceraian itu berlaku kerana kecemburuan Amirul terhadap ku. Ya Allah betapa besar dan tidak terhingga kesalahan ku ini. Dapatkah aku kemaafan daripada mereka. Walau pun mereka memaafkan aku, namun aku sendiri tidak dapat memaafkan diri ku. Hanya beberapa bulan aku bersama mereka, aku telah memusnahkan rumah tangga yang mereka bina sejak beberapa tahun lalu.
Sekarang ini mereka hadapi proses mahkamah. Aku amat kasihan dengan isterinya Harlini dan simpati atas apa yang berlaku kepada mereka. Harlini begitu tertekan sehingga tidak dapat melelapkan mata beberapa malam. Sehingga aku memberi nasihat-nasihat yang baik untuknya. Aku nasihatkan Harlini supaya lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah agak dia tidak berasa kesunyian, disamping mendapat ketenangan dan kekuatan untuk menghadapi segala ujian ini.
Sebenarnya dari awal lagi aku tidak mengetahui punca penceraian mereka dan punca kemarahan Amirul kepada isterinya Harlini. Tetapi ada seorang Mak Cik yang selalu lepak dan minum dengan kami memberitahu hal tersebut. Tetapi dia belum menceritakan siapa yang dicemburui oleh Amirul. Namun aku sendiri telah mengesyaki, bahawa akulah yang menjadi punca hal ini sebenarnya terjadi melalui kiasan bahasa dalaman Mak Cik tersebut.
Namun aku pasrah dengan apa yang terjadi kepada mereka yang melibatkan aku secara langsung. Yang pasti selepas ini tiada lagi kemesraan kami semua seperti dulu. Tidak lagi aku perlu menunjukkan kemesraan aku kepada sesiapa. biarlah orang menyangka aku ini menyombong dan dan berlagak. Asalkan aku tidak menjadi punca pergaduhan orang lain.
Maafkan aku....
Carilah Siapa Dia
MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL
Jumaat, 18 Mac 2011
Isnin, 7 Mac 2011
dunia
~ Banyak kerugian yang dialami tidak berbayar. Dimana sebilangan orang besar berhutang dengan sebilangan orang kecil. Walau dilihat sebilangan orang besar kaya dan beharta penuh kesenangan. Tetapi hakikat sebenar tidak sepertinya. Namun, sebilangan orang kecil walau dilihat banyak hutang, hidup dilihat sengsara, tapi tiada yang pernah tahu kehidupan mereka yang sebenar kecuali orang-orang yang tertentu yang mengambil tahu. ~
Khamis, 17 Februari 2011
sedar la sikit wey....
kamu tu kerja ngan rakyat...bukan keje ngan syarikat kamu...bukan kamu yang bos...rakyat yang bayar gaji kamu tu..sedar la sikit...rakyat yang bayar cukai untuk gaji kamu tu...jangan keje asyik nak kencing je...kencing sikit2 cukup la....kamu ingat sikit...masa kamu xder keje dulu...kamu yang mintak keje tu..bukan keje tu yang mintak kamu...kalau rakyat yang ambik kamu keje..dah lama kamu kene pecat....makan gaji buta kaw2x punya pasal. bukan aku nak cakap aku yang perfect...tapi aku dah buat keje aku... kalau kamu nak susah..kamu susah la sendiri..jangan menyusahkan orang lain...semua orang susah kerana kamu sorang...kamu ingat pangkat kamu besar sangat ke?? hishhhh geram aku... nak tunggu bala dulu ke baru nak sedar?? ubah la sikap tu sebelum ade yang lain mengubah kamu ngan seseuatu balasan yang azab....
Rabu, 16 Februari 2011
KEISTIMEWAAN RASULILLAH
Pada 15/02/11 jam lebih kurang 1015 hrs mcm tu la...aku hadir ke majlis ceramah maulidur rasul..bertajuk keistimewaan rasulullah.disampaikan oleh imam satu Masjid Firdaus selayang Ustaz Mohd Syamsul..aku betul2 menitiskan air mata bila ustaz tu sebut....
Nabi kita Muhammad S.A.W amat menyanyangi kita sebagai umat baginda. Betapa baginda menyebut kerinduannya pada kita semua sebagai umatnya. Walau pun pada masa tersebut kita masih belum wujud... Dan ada sahabat disekeliling baginda,. Yang menyatakan kami ada bersamamu wahai Rasulullah.tapi Nabi Muhammad menegaskan bukan mereka.
Sehingga menimbulkan rasa cemburu para sahabat. Baginda memberitahu para sahabatnya. Alangkah betapa rindu dan sayangnya baginda pada ikhwannya. Iaitu umatnya yang tidak pernah melihat dan mengetahui rupa paras, budi pekerti Rasulullah dan tidak pernah mengikut berjuang bersama baginda tetapi hanya mengetahui melalui al-quran dan hadis.
Akan tetapi kerinduan dan kasih sayang mereka itu amat mendalam kepada Rasulullah. Itulah dinamakan Ikwan. Iaitu kita semua umat baginda. Walau baginda sakit tenat, baginda masih ingat pada kita. ya Allah betapa hebatnya kita, betapa disayangi, betapa dirinduinya kita oleh baginda rasulullah..
Sedangkan kita belum lagi wujud pada waktu itu..namun kasih sayang dan kerinduan baginda pada kita amat mendalam.. Syukurlah kita... kerana mendapat kerinduan dan kasih sayang Nabi muhammad S.A.W walau baginda tidak penah melihat dan berjumpa kita.
Tapi sedarkah kita semua?? dalam diam-diam...kita semakin meninggalkan baginda. ya Allah...jika baginda masih ada...betapa sedihnya baginda....Bagaimana cara kita meninggalkan baginda??? Tidakkah kalian lupa wahai saudara-saudara ku... kita semakin lupa akan sunnahnya...kita semakin lupa ajarannya..kita semakin leka berselawat ke atas baginda..tidakkah itu semua semakin menjauhkan kita..makin menambah jurang antara kita dan Rasulullah S.A.W..
Oleh itu kawan2 ku...marilah kita sentiasa amalkan ajaran islam..amalkan sunnah baginda..paling tidak pun kita berselawatlah kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. semoga kita sentiasa dekat dengan Allah dan Rasulnya yang paling dicintai dan disayangi oleh Allah. wallahu 'alam.. ALLAHUMMA SHOLLI 'ALA MUHAMMAD. WA 'ALA ALI MUHAMMAD.
Isnin, 14 Februari 2011
Pangkat Dan RIAK
Pangkat Dan RIAK
Assalaamu’alaikum w.r.t dan salam sejahtera. Selamat menyambut hari maulidur rasul pada seluruh umat islam.
Ketahuilah… moga-moga Allah s.w.t memelihara saya dan anda semua. Asal pangkat itu ialah menyebarkan nama dan kemasyhuran diantara orang ramai. Ia termasuk dalam katogeri perkara yang tercela. Manakala yang terpuji, hendaklah ia jangan menghebohkan sangat kemasyhuran dirinya, malah berdiam diri dan bekerja terus dalam menyebarkan ilmu-ilmu agama tanpa meminta pangkat atau kedudukan, kelak Allah Taala akan memasyhurkannya dalam kalangan umatnya. Sebenarnya, pujian yang sebenar adalah hak mutlak milik Yang Maha Terpuji. Kita tidak layak berasa bangga dengan setiap pujian yang diberikan oleh sesama hambaNya. Semoga Allah melindungi kita semua.
Firman Allah bermaksud : itulah tempat tinggal akhirat yang kami (Allah) sediakan bagi orang-orang yang tiada menginginkan ketinggian pangkat dimuka bumi, dan tiada pula melakukan kerosakan. (Surah al-Qashash ayat 83)
Dalam ayat tersebut Allah telah menyebutkan sekaligus dalam setempat, keinginan membuat kerosakan dan menuntut ketinggian pangkat atau darjat di atas muka bumi. Lalu Allah menerangkan selanjutnya, bahawa dunia akhirat yang disediakan itu adalah bagi orang yang sepi dan bersih dari kedua-dua kemahuan ini, iaitu tidak membuat kerosakan di atas muka bumi atau pun mencari nama dan ketinggian pangkat.
Firman Allah bermaksud: barang siapa menginginkan kehidupan dunia dan kelazatannya, nescaya kami (Allah) memnuhi (membayar) kepada mereka segala amalan-amalan mereka di dunia, dan mereka itu tidak akan dirugikan. Mereka itulah orang-orang yang tiada memperolehi sesuatu di akhirat, selain api neraka.
Sesungguhnya tiada berguna segala apa yang telah mereka lakukan didunia, dan terbuanglah segala apa yang mereka kerjakan. (surah Hud, ayat 15-16)
Ayat ini masih menyentuh secara umum tentang orang yang suka meminta pangkat dan kedudukan di dalam dunia, sebab mencari nama dan pangkat itu merupakan sebesar-besar kelazatan dan keinginan yang dituntut oleh manusia di dalam kehidupan dunia ini. Ini juga dikirakan sebagai satu hiasan diri yang terindah bagi manusia.
Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa: “Cukuplah keburukan seseorang itu, apabila semua orang menunjuk kepadanya dengan jari (mengangkat mereka menjadi ketua) dalam urusan keagamaan mahupun urusan keduniaannya, melainkan mereka yang dipelihara oleh Allah. Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa kamu, akan tetapi Dia memandang hati dan amalan kamu.”
Mengenai keutamaan sikat berdiam diri, dalam hal ini ada diriwayatkan oleh sebuah hadis berikut:
“Betapa banyaknya orang yang kusut masai, berpakaian compang camping, tidak menarik perhatian orang ramai, tetapi jika ia bersumpah atas nama Allah, nescaya Allah akan memenuhi sumpahnya.”
Selain dari itu, banyak perkara lain yang menunjukkan tercelanya sifat orang yang mencari kemasyhuran itu, dan keutamaan sifat orang yang berdiam diri. Sememangnya jelas bahawa orang yang inginkan dirinya menjadi masyhur di sana sini dan namanya tersebar dalam kalangan masyarakat itu, ialah orang yang menuntut pangkat dan kedudukan dikalangan orang ramai, padahal mencintai pangkat dan kedudukan adalah punca segala kerosakan dan sebahagian sifat yang tercela.
Seterusnya yang dikatakan tercela itu, ialah orang yang menuntut agar namanya terkenal dan masyhur dimerata tempat, dan ia akan berusaha sepenuhnya agar cita-citanya terlaksana dengan sepenuhnya. Tetapi jika masyhurnya datang daripada Allah Taala tanpa dituntut atau dirancangkannya, maka yang demikian itu bukan dikira tercela lagi. Malah itu adalah anugerah Allah kepada hambaNya yang bertaqwa.
BATAS PANGKAT YANG DIHARUSKAN
Kita seharusnya mengetahui bahawa pangkat dan harta kekayaan itu adalah dua rukun bina bagi keduniaan. Pengertian harta kekayaan adalah memiliki benda-benda yang boleh dimanfaatkan. Pengertian pangkat pula ialah memiliki hati orang ramai agar mereka dapat menghormati dan mentaati segala arahannya. Melalui pangkat itu pula, ia akan berkuasa untuk melaksanakan segala cita-citanya menerusi orang lain.
Dengan yang demikian, jelaslah bahawa kuasa pangkat itu samalah seperti kuasa memiliki harta kekayaan, kerana ia merupakan benda-benda yang dituntut di dalam kehidupan dunia ini. Dan ia akan lenyap dengan sendirinya apabila pemiliknya meninggal dunia. Dunia pula adalah lading akhirat, yakni tempat di mana kita menanam kebaktian bagi persediaan atau kepentingan kehidupan kita di akhirat kelak. Maka sesgala yang dijadikan oleh Allah bagi kita di dunia ini, bolehlah digunakan sebagai bekalan untuk kita di akhirat kelak. Oleh itu jangan kita berasa bangga diri dan riak dengan pangkat dan pujian yang diberikan kepada kita. Kerana riak itu akan menghapuskan kebaikan kita. Manakala bangga diri itu akan menjadikan kita meninggi diri dan sombong. Na’uzubillah…
SEBAB SUKA DIPUJI DAN MARAH DIKEJI
Penyakit suka dipuji atau marah jika dikeji itu tidak akan ditemui jalan penyembuhannya, melainkan dengan meneliti terlebih dahulu sebab musababnya dan muhasabah diri sendiri. Kerana semua penyakit tidak boleh diubat, selagi tidak diketahui sebab penyakit itu dahulu. Tetapi lebih baik kita mencegah dahulu daripada menunggu ubatnya kemudian.
Ada beberapa sebab yang menjaikan hati seseorang itu suka dipuji dan merasa senang kerananyan, iaitu:
Pertama: sebab yang paling kuat, ialah merasakan diri sendiri telah sempurna dan cukup sebagai insane kamil, tidak ada sebarang kekurangan dan kesalahan. Maka ia merasai diri telah sempurna, jiwanya akan merasa tenang, terlonjak kegirangan dan keenakan. Memang lah pujian itu menimbulkan rasa kesempurnaan dalam hidup orang yang dipuji itu.
Kedua: pujian itu menunjukkan orang yang memuji itu telah terpikat ke dalam hati orang yang memuji itu, dan ia ditakluki oleh orang itu, mempunyai penuh kepercayaan padanya dan sedia mengikut kehendaknya.
Ketiga: segala pijian dan sanjungan yang diucapkan oleh seseorang yang memuji itu, bertujuan untuk menarik perhatian setiap orang yang mendengarnya, terutama apabilaperkara seumpama itu biasanya dilakukan dikhalayak ramai, maka pujian dan sanjungan seperti itu lebih enak didengar oleh telinga dan senang dirasakan oleh hati orang yang dipuji.
Maka jika dikeji orang seperti ini akan melenting dan marah, kerana dalam hatinya hanya ada pujian dan sanjungan. Wallahu’alam.
Isnin, 7 Februari 2011
kepenatan..jauh perjalan...masa berjam-jam.....jalan pulak jem.mampus...
jam 8 pagi dari ganu......sampai KL jam 11 malam...gila babi punye jem.....
dala jem....masa plak membazir macm tu je,,penat giler....
mlm kul 12 mlm keje...aduhai..ngantuk siut...mata jdi biol la....
ngan kerenah manusia mcm2....ramai y nk tunjuk lagak kat jalan....piiiraahh....bawa keta mcm xtau undang2..banggang la org2 mcm ni....beli keta mahal2...tp syg......signal lgsung xder...wat rugi jer..ptuiihh...blagak la sangat ada keta mewah tu? mcm xkan masuk kubur jer...
yang keta kecik plak....blagak laju..duk line paling kanan...hampeh...memg sial la....bawa keta dlm 60km/jam...mangkuk ayun tul spesis mcm ni.eee ikut ati aku....nk tumbuk je mangkuk2 mcm ni...
tp...aku cukup respek org y reti hormat pengguna jln y lain......lau mcm tu.....dia mintak nk potong x sakit ati....aku kopomn bg la.....tp...lau ko x hormat org lain..aku pon lbih 999 kali ganda xkan respek org mcm tyu.... aaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh chow dulu weh...adios.

Ahad, 23 Januari 2011
perangai member2 saya.
semalam aku lepak ngan kawan2 aku...
mase aku lepak2 tu...ada la kawan aku sorang ni citer pasal abu nawas..
yang betul2 aku gelak masa die citer pasal raja cari calon menantu dan pewaris takhta..tapi die xnak abu nawas..pasal bginda tahu abu nawas ni penipu....nanti habis harta aku mcm mn...pemalas plak tu...
jadi..nak dijadikan cerita..raja ni nak satu pertandingan diadakan....untuk pilih calon yang paling kuat dan berani....so....abu nawas pikir la ngan otak dia yang bijak dan penipu tu....pikir punye pikir...dapat lah idea tuh...tp abu nawas x bgtau kat raja...cuma dia mintak raja tu buat satu kolam dan dalam kolam tu disimpan buaya selama sebulan....nk bg buaya tu lapar dan ganas..raja jdi plik la kan....pehal pulak si pnipu ni nak wat mcm ni....padahal baginda nak cari menantu....xpe la....raja cakap...aku ikut dulu ape si abu nawas nak buat...
bila sampai tempohnya....sluruh rakyat diarah berkumpul untuk diadakan pertandingan tersebut...semua rakyat dah berkumpul...abu nawas dilantik sebagai penganjur...maka abu nawas berkata "sesiapa yang kuat,gagah dan berani...sila tampil kehadapan dan berdiri ditepi kolam...maka ramai lah yang berani dan berdiri keluar...semuanya badan besar dan gagah..berani....
okey...bermula lah sorang laki gagah dan berani ni....abu nawas kata "disini ada lah masa miskin mu...ditengah adlah cabaran mu..dan di seberang sana adalah masa depan mu..." berusaha untuk kearah masa depan yang lebih baik.." maka sorang demi sorang lah terjun melawan buaya yang kelaparan slama sbula tu..semua bersilat...bertinju...ade yang mati 2...3 eko buaya tu..tp lelaki2 yang gagah brani smua gagal ke seberang..semua menjdi makanan sang buaya yang klaparan....raja dah jdi risau dah..pasal dah 20 orang rakyat baginda kecundang...baginda bgtahu kat abu nawas...xder org yg btul2 brani nih....abu nawas cakap...tuanku jangan bimbang mesti ada...abu nawas pon pergi melihat skeliling rakyat yang ada tu...tiba2...dommmmmmmmm....bunyi org terjun...pas tu...bunyi duff duff duff duff..kepap..kepap kepap....org blari....tiba2...seruff seruff seruf....mcm org x cukup nafas.....tercungap-cungap..raja pon berpaling tengok....ade sorang lelaki kurus yang basah kuyup...raja pon lega hati bila calon terakhir berjaya melepasi halangan tersebut...lalu berkata..."ambil semua ini...." jawab si rakyat "patik tak mahu..." "ambil tahkta ku ini.." "patik x mahu juga...." "jadilah menantu beta.." "juga patik tak mahu..." "habis...apa yang kamu mahu..." "patik mahu tahu siapa yang tolak patik tadi...."
raja pon bertanya..."siapa yang menolak lelaki ini?" semua diam tidak mengaku sambil memandang satu sama lain.....hehehehehehe yang sebenarnye....abu nawas lah yang menolak lelaki tersebut....tapi dia diam je.....hahaha dia tolak laki tu pasal laki tu paling takut..kerana menggeletar..dan muka pucat....dan dia percaya laki ni akan berjaya melepasi buaya2 tu...pasal dia takut...hAHAHAH xde kena mengena ngan sape2 K............

Ahad, 16 Januari 2011
penat dowh kejer.....kejer ntah masa mn.....otak aku da jdi bluurrrrrr....
ya ampon pak....gue ltih bangat kerja gini...mana ms aku nk tido...mata dah mcm biji saga......tido 4 jam..keje 8 jam...tahu la bayar gaji....ape ingat kitorang ni robot ker? robot pon jahanam la lau mcm ni....mn masa rehat kami weyh....lau trus mcm ni...kejer pon xder kualiti....stakat ade kuantiti x guna la...buang masa...buang duit rakyat bayar gaji....cari la cara yang menguntungkan dua2 pihak...rakyat untung....kami pon untung...bukan nk untung ape....masa tu....ruang untuk kami beriadah ngan kawan2...anak bini bg y da kawin...aweks yang masih bujang...lau xder...tido la....pikir la sikir...tau la jdi bos...ade pangkat..ade kuasa....kebajikan anak buah....mcm mn....haish....mgarut je....bos plak..jgn ketinggalan zaman la.....time kejer 4 jam rehat 8 jam...kejer balik 4 jam....dah x releven la...(ceh...ayat mahkamah plak dah...hahaha) kalau ms nk g kejer/blik keje tu xciden...ade korang gi jenguk...tanye pon xdak la....puji je wat pe...xder guna pon...kenang jasa?? lgi x gune la....y kitorang nak....kebajikan jer....jgn la straight sangat la wey....kami ni manusia...ade rase tertekan jugak....jgn sampai nanti ade yang ambik tindakan sendiri yang lebih drastik...ingat pangkat besar...ade power...bleh bawak ke mati ker? lagi satu...kalau korang yang jdi bos2 ni sporting...kami wat keje pon senang ati...xder nk merungut....ni x....asal jumpa anak buiah jer....muka mcm singa...bercakap pon menyingga....ke ko nak tengok aku jdi singa plak?.....ahh.....cakap banyak pon x guna....aku tulis ni pon...skadar nak lepas geram jer....lebih baik daripada ku pegi isap dadah...minum arak...rogol org...merompak myamun....pasal nk lepas gram....pendek kata.....lbih baik dri wat jenayah2 atau pegi bersosial x tentu arah...lgipon..aku x malukan sape2 dalam ni......aku je tahu...yang trasa tu..sory la....bukan aku nak sakitkan ati korang korang.....sape minum air...dia hilang dahaga...kahakahakahakah..adios....
tahun baru??
ah....
tahun ni 2011...
nilah kali pertama aku kembali pada blog stelah skian lama....
entahlah...
tahun ni...
dari awal tahun lagi otak aku jdi blurrr serabut tak tentu pasal....
aku serba serbi xkena....
ape y telah berlaku pada aku???
tahun ni juga ramai kawan2 aku dah nak kawin...xkurang juga yang dah kawin dan beranak pinak...
beranak pinak?? mcm ramai sangat la anak2 dorang ek..hahahaha hampeh aku ni...
aku trase juge nk kawin...tp...bersediakah aku....lg pon...aku nak kawin ngan sape??
rase mcm aku x mampu lgi nak menjadi ktua kluarga...
bleh ke aku ni jd ketua kluarga??
boleh ker aku bimbing isteri ngan anak aku nanti ke jalan yang benar mengikut ajaran islam??
mcm mn nak kawin....hantaran mahal betul plak tu.....
aku bukan xder simpanan...stakat 7ribu 8ribu tu ade la...
tpi....sape lah agaknye ye yang bakal jdi isteri aku....
mcm mn nak pilih calon isteri....??
aku betol2 xtahu mcm mn nak pilih...bila aku ni pilih....nanti cerewet plak org kata....
aku nak yang terbaik....
tapi...aku ni dah jadi yang terbaik ker??
td...dalam kul 4petang 15/01/2011 aku pegi pahang...
ke rumah member aku.....ziarah dier...pasal dier xciden..lau x...haram x pegi pon.....tu pon pasal ade geng yang nk pegi...cite punye cite...
aku tanye la....mcm mn hang bleh kawin? aku tanye.
die kata"entah...aku pon xtahu....aku x bcinta...aku ajak die kuar makan gi minum...."
aku tanya "bis tu....klau x bcinta..mcm mn hang bleh kawin plak...hang btunang berapa bulan??"
kawan aku kata " aku kenal dier x sampai sbulan...aku bawak org tua kat kg aku...gi merisik...pastu tetap tarikh tunang...aku btunang pon sbulan dua jer...terus kawin...mak ayah die stuju jer....mas kawin lima ribu jer..."
aku kata" wah....bertuah la hang....aku ade tengok isteri hang tu...bertuah la hang...dapat yang baik...bgus....umur bru 20tahun...tp matang....rajin....rupa pon ade...padan ngan hang...hmmm bertuah la hang...." tak habis2 aku puji tuah dia.....
aku pon lau bleh nak mcm dia gak....yang simple jer.....maksud aku simple ni....bukan yang xpakai tudung....x smyang...aku wat pape...dia wat xtahu jer....tapi aku nak....ade la rupe jugak....walau x cantik...tp sedap mata memandang...sejuk ati bila tengok....tahu hukum hakam agama....bleh tegur aku ngan cara yang berhemah bila aku tersilap....bukan ngan cara tengking...masam muka...merajuk kuat sangat...bila aku aku tersilap atau tersalah...atau x sengaja...
yang mcm tu...memang aku x suke la....tapi...aku pon tahu aku x perfect sangat....
yang aku boleh JAMIN... aku hanya akan SETIA...hanya untuk dia...kalau ada la....org mcm ciri2 yang aku mahu tu....skarang ni still single agi la..tu je yang aku mampu....bukan aku nak jual cinta ni....cuma nak bgtau je...luah rase...kadang2 aku takut bila pikir pasal kawin ni.....aku tengok pakcik aku...sikit2 masam muka...sikit masam muka...tp anak bersusun jugak...hahahah ahh lantak....jgn gaduh depan aku dah la...dua-dua aku hempuk nanti..pduli ape aku...
ok la...panjang lebar plak aku bceloteh awal tahun ni...hmmm....maaf jika statmen aku ni...wat korang terasa ke ape ke....aku mintak maaf banyak2 dari hujung rambut ke hujung kaki...dan ini lah aku...SIAPATAHUAKU...ADIOS...SALAM SEMUA...
Jumaat, 17 Disember 2010
lama tul x tengok blog aku ni....
lm x lama la..dlm sbulan jugak..
entahlah..nk tulis aper....xkan nk fitnah org kot..xbaik tu...
kan dosa tu....besar lgi drp mbunuh...uish..
dlm hidup kita ni...penah ke kita terpikir nk hitung dosa2 y kita da wat spanjg hiduop ni....rse...baik mati cpt2...kurg dose....hmmmmm

Jumaat, 19 November 2010
tensen la..
bgape la tensen ni....
aduhai...sampai sakit kepala aku...
mata pon rase bengkak jer...
ape la aku nak wat ek...
aduhai...sampai sakit kepala aku...
mata pon rase bengkak jer...
ape la aku nak wat ek...
Ahad, 14 November 2010
BiLa Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar~Harus baca!
Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:
Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.
Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.
Situasi yang dianggap pinangan:
Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.
Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.
Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.
Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.
Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.
Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.
Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"

Sabtu, 13 November 2010
ceritaku
Aku tertarik dengan cerita2 yang ditulis oleh seorang penulis dalam blognya. Walau aku tak peRnah mengenalinya. Namun dengan cerita dalam blog tu wat aku tertarik. Aku merasakan, aku begitu dekat dengan dia serta keluarganya. Dengan tulisan2 yang islamic. Membuatkan aku terpaku. Kisah cerita kesusahan keluarganya dulu. Seperti aku berada di dalam keadaan tersebut. Aku mengimbas kembali kisah2 aku diwaktu kecil dahulu. Keluarga ku yang susah dan pada masa tu boleh dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, malam berlapar. Namun dulu keluarga aku menatang aku seperti minyak yang kerana hanya yang paling kecil. Tiada abang atau kakak, tiada pula adik2 pada masa itu, kerana emak dan ayah aku telah berpisah sewaktu aku dalam kandungan emak aku. Walau pun keluarga aku garang. Aku tetap dijaga dengan baik. Waktu itu aku bebas. Ape yang aku mahu, kebanyakan akan aku dapat. Tapi aku tahu keluarga aku susah. Dan kerana hal itu juga aku cepat matang walau pun aku sama seperti kanak2 yang lain. Cuma masa tu, aku bleh fikir apa yang mampu dan yang tidak mampu bagi keluargaku untuk memenuhi permintaan ku. Jadi, aku dapat merasai beban kehidupan dia pada waktu dulu. Bezanya aku kurang rajin belajar dan kurang minat. Ketika itu aku berumur 4 atau 5 tahun. Aku ingat lagi, waktu itu aku belum bersekolah. Walau pun umur 4 tahun aku suka pada kebun datuk dan nenek aku.(datuk aku telah kembali ke Rahmatullah) Aku telah ada stu cangkul kecil untuk aku menyangkul. Alangkah seronoknya pada waktu itu. Dan waktu aku berumur 5 tahun aku dihantar ke sekolah PASTI. Masa tu aku memang tak suka pegi sekolah. hehehehe tapi aku suka bila time balik sekolah waktu tengah hari tu. sebab boleh main2 lepas habis sekolah. Ada duit bekal. boleh jugak beli jajang ke, gula2 ke, apa2 je la yang mampu. Tapi sekarang aku ada tiga adik sebelah emak dan enam adik sebelah ayah. Walau pun orang tua aku telah berpisah, namun aku tetap pergi ke rumah ayah aku. Sebab, tanpa ayah, tiadalah aku, emak aku bagitahu la. hehehe. Dan sekarang ni aku telah bekerja dengan satu pasukan keselematan negara kita MALAYSIA. Aku suka walaupun penat. Dan ada segelintir rakyat memandang serong pada jabatan ini. Namun aku banngga kerana aku telah berjasa pada rakyat dan negara, paling penting agama. Kerana aku ni kurang minat pada pelajaran. Aku mula bekerja pada umur lapan belas tahun. Sewaktu itu, rakan2 seperjuangan ku masing melangkah ke menara gading. Aku pula melangkah ke pusat latihan, tapi aku tidak merasa cemburu dengan mereka. Malah, aku gembira kerana mereka berjaya. Dan aku doakan semoga rakan2 ku terus berjaya. Setelah tujuh tahun. masing2 sudah bekerja. Ada juga yang telah mendirikan masjid(nikah) dan telah ada beberapa makmum(anak), tapi aku tetap dengan caraku. bercinta, putus, bercinta lagi, putus juga, bercinta lagi, pun putus juga. Aku percaya dan berharap akan ada jodoh ku suatu hari nanti untuk membina sebuah keluarga bahagia. Dan aku sentiasa berdoa, agar aku tidak mengikut jejak langkah orang tua ku, berpisah akhirnya. Tapi percayalah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Dan, itu banyak terjadi padaku. Hikmah disebalik kejadian seperti firman Allah dalam surah al-ahzab ayat 33 hingga 37 bermaksud : Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (34) Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. / (35) Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (36) Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: Jangan ceraikan isterimu itu dan bertakwalah kepada Allah, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian) manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya) dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku. / (37)
Apa-apa hal sekalipun berlaku, kita jangan lupakan Allah, pasti Allah tidak akan lupa pada kita. Insyaallah. sekian ceritaku. SIAPA TAHU AKU.
Apa-apa hal sekalipun berlaku, kita jangan lupakan Allah, pasti Allah tidak akan lupa pada kita. Insyaallah. sekian ceritaku. SIAPA TAHU AKU.
Jumaat, 12 November 2010
terpaksa terima...
aku tahu salah ku..
tapi kenapa..
bila aku ingin bertanggungjawab..
engkau tinggalkan aku..
adakah engkau mahu ku terus rasa bersala dan menyesal?
apekah kau mahu trus menghukum aku...adalah punca segalanya??
tapi kenapa..
bila aku ingin bertanggungjawab..
engkau tinggalkan aku..
adakah engkau mahu ku terus rasa bersala dan menyesal?
apekah kau mahu trus menghukum aku...adalah punca segalanya??
Selasa, 9 November 2010
BOLEH KER KITA BUNUH DIRI UNTUK ELAK DARIPADA DIROGOL?? JAWAPAN ADA DI BAWAH..SILA BACA
Membunuh Diri Untuk Mengelakkan Rogol Soalan: Bolehkan perempuan muslim membunuh dirinya jika dia yakin 100% yang dia akan dirogol oleh sekumpulan lelaki? Jazakum Allah khayran.
Jawapan: Pertamanya, perempuan Muslim mesti cuba sedaya-upayanya untuk mentaati ajaran Islam dan mematuhi akhlak Islam, terutamanya apabila berurusan dengan lelaki. Jika dia diancam secara seksual oleh perogol, dia ada hak untuk mempertahankan dirinya. Namun, dia tidak dibenarkan untuk membunuh dirinya kerana sebarang sebab kerana membunuh diri adalah Haram (dilarang). Hanya Allah mengetahui yang ghaib. Dia mungkin tidak tahu akibat cubaan jenayah mereka; mereka mungkin gagal dalam melaksanakan rancangan jahat mereka.
Dalam hal ini kita ingin menjelaskan yang seorang perempuan Muslim berdepan dengan dua kemungkinan:
(1) Dia terdedah untuk menjadi mangsa rogol atau serangan seksual dan
(2) ini mungkin mendorong dia membunuh diri, satu perbuatan yang terlarang.
Di sini kita bayangkan kejadian dua mudarat, salah satunya, berkaitan membunuh diri, yang pasti, sedangkan yang satu lagi, berkaitan dirinya terdedah kepada rogol, sesuatu yang mungkin, tetapi tidak pasti. Maka, dalam hal ini, membunuh diri tidak dibenarkan. Lagi pun, kita mesti menimbangkan kesan buruk antara membunuh diri dengan rogol atau serangan seksual. Rogol atau serangan seksual kurang mudarat dibandingkan dengan membunuh diri. Disamping itu, memelihara nyawa ialah kewajipan kehidupan, sedangkan matlamat lain, seperti memelihara maruah seseorang, jatuh ke tempat kedua dikalangan matlamat-matlamat asas yang Islam ingin capai. Maka, tidak dibenarkan bagi seorang perempuan, mangsa rogol, untuk membunuh diri. Menjawab persoalan tersebut, ulama, penulis dan pensyarah Islam Saudi terkenal Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan: “Seorang perempuan yang dipaksa untuk melakukan Zina wajib mempertahankan dirinya dan tidak sepatutnya mengalah, walaupun jika dia membunuh orang yang ingin merogolnya. Mempertahankan diri merupakan kewajipan, dan dia tidak bersalah jika dia membunuh orang yang ingin memaksanya melakukan persetubuhan. Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan hartanya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan dirinya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan agamanya ialah syahid, dan sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan keluarganya ialah syahid.” (Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Hibban) Disamping itu, seorang perempuan tidak dibenarkan membunuh dirinya kerana takut dirogol. Seorang perempuan Muslim yang baik diwajibkan menangkis serangan penyerang, tetapi dia tidak dibenarkan pergi keterlaluan dan membunuh dirinya. Jika dia membunuh dirinya, maka dia melakukan perbuatan yang Haram. Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “Manusia daripada Ummat ku tidak dipertanggung-jawabkan atas perbuatan yang mereka lakukan kerana tersilap, atas perbuatan yang mereka lakukan kerana terlupa, dan atas perbuatan yang mereka dipaksa melampaui kemampuan mereka.” Allah (SWT) berfirman, “…, kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman. …” (An-Nahl: 106)” Terjemahan daripada: Suicide to Escape Rape http://www.islamonline.net/servlet/Sate ... TheScholar

rahsia surah al-kauthar
RAHSIA SURAH AL KAUTHAR
Surah Al-KautsarSurah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.Perkara yg baik kita amalkan slalu.

Isnin, 8 November 2010
sengsara, tapi brmaruah..senang, tapi terhina..
dunia hari ni....tidak seperti dulu...
dulu.. walau hidup penuh sengsara dan derita..tapi bahgia...bermaruah..
walau pon miskin...tetap dihormati....kerana dulu ramai yang kaya budi..
hari ini...hidup senang..kaya raya..dan ramai kawan2 tapi...menderita..
yealah...mane tidaknye...harta asyik dikikis jer...pastu xtau nak hormati orang lain..dihadapan kita orang sanjung...tapi di belakang kita..orang menghina...mmmm dunia dunia..

Jumaat, 5 November 2010
bisinggggggg wehhhhh ngan awok2 nih...
kalu nok pere sangat gi la duk iraq nun...palestin ko...mn2 hok pere....
serabut perut la aku....key aku gocoh key mati plok....eeeeeeeyyyy gere wehhhhhh
xdok ko maNUsio leh wat ngecun tu dok bunyi po bedil....wat la bunyi lagu2 sedak...baru jolo...paka nyalo api jah...pah bunyi lagu...baru jolo....bodo jugok manusia ni xleh wat ngecun ado lagu xdok bunyi bedil....
migrain doh aku ni...gilo gilo gilo...(versi upin ipin)

Khamis, 4 November 2010
dok tahu nok tulih gapo...
bose sungguh kijo male ni....
dok tahu nok gapo...
patnor aku pon boring jugok....
ni lah kalu kijo male gak...mujur aku bowok notbook nih..
kalu aku tido lamo doh ni...
nok kelih crito pon bose...dengar radio jah la..kat astro...
esok aku off day....nok g mno dok tahu..aku ingat nok g btapo...hahahaha gilo aku ni...
rindu weh ko kapong...raso nok lari balik jah...nok dok kapong lamo...aku ingat nok breti la kijo nie...nok kijo sdiri..sene..dok trikat ngan boh...
pitih aku ado lgi dale 8K ni...aku nok wat nikoh ko...aku nok wat gapo ek...cu royak gak saing2 weh...ado cadange gapo hok molek...
kalu aku beli "mas 999" guano eh...
pah tu aku sipe dalam bank ar-rahnu...
molek ok gitu?pah tu wat modal nego....hartanah..ko guano? ok dok gitu?
ok dok ?
hmmm dokpon...aku ambik 8K tu paka wat nikoh jah..ko guano eh....??penat mikir gini...buje lgi...kalu ikut nabi s.a.w...omor 25 ni molek doh cari bini...tapi.....hmmmmdok tahu la aku...mungkin jodoh xdok lagi bokalih...X PO....aku pcayo...ALLAH MAHA ADIL DAN BIJAKSANA...DIA MESTI ADO PERANCANGAN HOK LEBIH BAIK UNTUK AKU...ya Allah...BErilah hamba MU ini petunjuk...dan kesabaran..ketetapan iman...amin....

Langgan:
Catatan (Atom)