Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Ahad, 30 Jun 2013

KAWAN WANITA YANG KU KENALI DI DALAM TAGGED ''CHATING''

  • Thanksss
  • 21 jam lalu
  • Ur welcome
  • Yg mn satu awk.
  • 20 jam lalu
  • Yg btudung biru..
  • ooo ye ke...comey....
  • 18 jam lalu
  • Biasa2 aje..
  • 18 jam lalu
  • Biase biase pon...kira comey la...xpe la....asal bleh bkawan...
  • 17 jam lalu
  • Yup btol2..tganu duk kat mne.
  • ganu duk setiu....awk kat ner?
  • 16 jam lalu
  • Sy kt kuala tganu..
  • mmg asal sana ke awak?
  • kg ape
  • Yup sy mmg asal sni
  • Chabang tiga...
  • ooo kg chabang tiga,,,dah kawin ke?
  • Blom lg.. awk da btunang bila nk kawennya?
  • sy dh kawin dah...bru jew buln lima aritu....
  • awk bila nk kawin?
  • 15 jam lalu
  • Ooo x update lg erk.. xtaw lg bila nk kwen... jdoh x de smpai lg... tp insyaallah la.. kawen gak sy nnti.. huhuhu
  • amin...sy doakn awk cpat kwen...besss...hihihi ari ni sy dpt brita gembira...isteri sy dh mengandung...alhamdulillah...;lg lah bes bila dpt tau bkal jd ayah...
  • dh update td...
  • Wahhh tahniah la ye... alhamdulilah.. tp jgn nakal2 dlm ni taw... jaga isteri n baby elok2.. hihihi
  • 15 jam lalu
  • terima kasih awak....xla nakal...stakat nak berkenalan dan berkawan je...x lebih dari tu....insyaALLAH sy akan berusaha yang sebaik mungkin untuk berikan yang terbAIK UNTUK KELUARGA....
  • hihih
  • awk keja ape kat tganu?
  • awk cantik....
  • awk jgn la memilih sangat ngan lelaki....cari yg beragama...insyaallah...aman/\..
  • sbb....yg lain slain dripada agama...xkan dapat membahagiakan kita...
  • alhamdulillah...sy dapat isteri yg cukup didikan agama...
  • isteri sy adalah pilihan orang tua sy...xpernah bercinta pon....
  • dah sah akad nikah...baru bercinta...
  • yaa\ allah...awak tau...
  • nikmat bercinta selepas kawin lebih bahagia daripada bercinta sebelum kawin..
  • Hmmm sy bniaga sndri je...sy pun xtaw nk ckp la.. bkn sy memilih sgt.tp sy da bcinta 3 tahun tp xde jodoh nk wat cmne.. bru aje brk 2 bln lps.. ye la awk.. hati manusia susah nk d jangka... huhuhu
  • hurmmmm xpe tu....sy lima kali putus cinta sampai akhirnya rasa malas nak kawen...nak ercinta...
  • sy pernah bgtau mak..sy x nak kawen...
  • mak terus diam...
  • bila pikir balik...sy dah wat hati mak sy terluka...
  • sy sendirian slama 3 tahun...
  • lepas tu sy ckp kat mak...mak ''mak, nak kawen''  tu je sy ckp...sy tengok muka mak...senyum lebar....sy niat dlm hati...ape pon mak sy pilih...sy terima ngan ikhlas hati dan redha...asalkan sy x jadi anak derhaka..
  • Tp akhirnya awk dpt isteri yg solehah dan boleh terima awk seadaanya... tu yg tbaik... sbb tu org kata perkahwinan kena ad restu org tua baru bahagia kan... kira berbaloi la awk ptus cinta pun... huhuhu
  • rupanya ada hikmah di sebalik kejadian tu awak...
  • alhamdulillah...syuku pada Allah...
  • Yup btol2...
  • sy boleh terima dia seadanya..
  • jgn risau....jodoh kita tetap ada....hambanya telah ditentukan jodoh oleh Allah..
  • Tp kita tak tak tau.. dimana.. bagaimana pertemuan jodoh tu kan..
  • ramai org terkejut....sy diam slama 3 tauh...tiba2 nak kawen...dorang tanye...bila bercinta? sy kata... saya x bercinta...pilihan orang tua je...dorang x percya...hahahahah
  • Hmmm redha ajelah..
  • áda lgi pilihan org tua zaman sekarang...
  • tp percayalah...pilihan orang tua yg tidak memandang harta....darjat...akan membawa bahagia..
  • Hehehe mcm2 bleh blaku zaman skrg.. kira untungla awk mak awk crikan utk awk
  • betul...kita xtau...dimana jodoh kita...bagaimana pertemuan...itu emua sudah ditetapkan..
  • hihihi untungla jugak awak...
  • heheheh
  • awak tau...kalo kita tau jodoh kita dimana...bagaimana bertemu...pasti tidak ada nikmatnya...tul ?x
  • awak berniaga apa?
  • bila pikir balik...sy dah wat hati mak sy terluka...
  • sy sendirian slama 3 tahun...
  • lepas tu sy ckp kat mak...mak ''mak, nak kawen''  tu je sy ckp...sy tengok muka mak...senyum lebar....sy niat dlm hati...ape pon mak sy pilih...sy terima ngan ikhlas hati dan redha...asalkan sy x jadi anak derhaka..
  • Tp akhirnya awk dpt isteri yg solehah dan boleh terima awk seadaanya... tu yg tbaik... sbb tu org kata perkahwinan kena ad restu org tua baru bahagia kan... kira berbaloi la awk ptus cinta pun... huhuhu
  • rupanya ada hikmah di sebalik kejadian tu awak...
  • alhamdulillah...syuku pada Allah...
  • Yup btol2...
  • sy boleh terima dia seadanya..
  • jgn risau....jodoh kita tetap ada....hambanya telah ditentukan jodoh oleh Allah..
  • Tp kita tak tak tau.. dimana.. bagaimana pertemuan jodoh tu kan..
  • ramai org terkejut....sy diam slama 3 tauh...tiba2 nak kawen...dorang tanye...bila bercinta? sy kata... saya x bercinta...pilihan orang tua je...dorang x percya...hahahahah
  • Hmmm redha ajelah..
  • áda lgi pilihan org tua zaman sekarang...
  • tp percayalah...pilihan orang tua yg tidak memandang harta....darjat...akan membawa bahagia..
  • Hehehe mcm2 bleh blaku zaman skrg.. kira untungla awk mak awk crikan utk awk
  • betul...kita xtau...dimana jodoh kita...bagaimana pertemuan...itu emua sudah ditetapkan..
  • hihihi untungla jugak awak...
  • heheheh
  • awak tau...kalo kita tau jodoh kita dimana...bagaimana bertemu...pasti tidak ada nikmatnya...tul ?x
  • awak berniaga apa?

BERITA YANG AMAT MENGGEMBIRAKAN AKU.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ILLAHI, hari ini aku di maklumkan oleh isteri tercinta, aku bakal menjadi ayah.... Alhamdulillah...gembira tidak terkata.... Aku terima rezeki ini dengan kesyukuran dann rasa rendah diri pada Mu Ya ALLAH... Rindu pada isteri ku... Ya ALLAH permudahkan dan percepatkanlah pertukaran aku kesamping isteri ku yang tersayang....


Jumaat, 28 Jun 2013

BALASAN SU’UL KHATIMAH DAN BALA YANG MENIMPANYA

Sedang dia berada di hotel Park yang berhadapan dengan masjid, muazzin telah mengumandangkn azan. Lantas dia berkata kepada org yg disekelilingnya (dengan nada menghina): “Siapa yang kata kita ni terkenal? Kita tak terkenal pun. Kalian lihatlah kepada Lelaki ini (Nabi SAW). Macam mana dia tak terkenal kalau dah namanya diulang di seluruh penjuru alam? Hancurkan jer menara masjid tu!”
BALASAN SU’UL KHATIMAH DAN BALA YANG MENIMPANYA
Akan tetapi dia mendapat Su’ul Khatimah.
Ataturk sangat takut akan kesihatan dirinya maka oleh sebab itu dia telah mengarahkan para doktor yang pakar-pakar untuk merawatnya. Lebih menyedihkan lagi dia tidak tidak menyedari bahawa dirinya telah mengidap penyakit hati sehinggalah ia mencapai tahap yang sangat kritikal. Ini bala yang pertama tetapi sangat azab dirasakannya.
Tidak cukup dengan itu Allah menghinakan lagi dengan penyakit siflis hasil dari tabiat terkenalnya yang suka berzina.
Dan ketika matinya Allah membalakan dia dengan serangga kecil yang tak dapat dilihat dengn mata yang menyebabkan dia gatal-gatal satu badan dan kerja menggaru jer dan setelah dikaji, semut aneh dan berbisa ini tidak wujud melainkan hanya di China. Lihatlah bagaimana Allah menghantar semut yang Di China ke Turki untuk menghinakan musuhnya. Dan beliau menderita seperti itu selama 2 tahun sehingga akhir ajalnya!
sumber: dairishare.blogspot.com

Khamis, 6 Jun 2013

Diangkat Satu Darjat

Pada 24/05/13 jam lebih kurang 1530 aku telah sah menjadi suami orang. Daripada alam bujang, aku diangkat satu darjat menjadi suami. Ini bermakna aku telah dilantik menjadi seorang pemimpin untuk orang lain secara sah dan mutlak. Tiada yang dapat menyangkal pelantikan aku sebagai pemimpin kepada orang kerana ianya sah dan mutlak disisi Allah.

Pengalaman akad nikah

Sewaktu akad nikah dan berjabat tangan dengan qadi, aku tidaklah gementar, dan itulah kenyataannya. Bukan aku ingin mendabik dada dan merasa diri ini hebat. Tetapi sewaktu doa dibacakan aku merasa sedang menanggung suatu tanggungan yang amat besar dan berat. Aku menggeletar dan bimbang, takut aku tidak mampu menanggungnya. Namun, aku sentiasa berselawat dan berzikir di hati supaya aku dapat tenang dan tabah memikulnya. Kita semua tahu, bila kita bernikah kita akan menanggung segalanya untuk isteri. Kita juga harus mendidiknya dengan penuh hikmah supaya kita tidak kecewa dikemudian hari nanti. Itulah tandanya kita telah diangkat satu darjat.

Doa ku...

Semoga pernikahan kami kekal selamanya. Semoga Allah berkati pernikahan kami. Aku mohon agar kalian doakan masjid yang kami bina ini terus utuh dan kukuh, walau tsunami melanda. Aku juga doakan semoga kalian semua bahagia keakhirnya walau kadang-kadang taufan menggila. Amin. Wassalam.

Jumaat, 17 Mei 2013

Nukilan Ikhlas daripada ku : Musafir Dhaif.

Jika engkau harapkan CINTA daripada ku, percayalah tiada CINTA untuk mu.

Jika engkau mengharapkan KASIH SAYANG ku pada mu, mengertilah KASIH SAYANG ku hanyalah secebis hirisan untuk mu.

Jika engkau mahukan IKHLAS daripada ku, YAKINLAH, aku IKHLAS menerima mu seadanya, seperti engkau menerimaku.

Kerana CINTA ku hanya pada NYA, tidak mahu aku berkongsi CINTA itu dengan sesiapa. CINTA itu juga akan lenyap ditelan arus perubahan waktu senja.

Manakala KASIH SAYANG itu, aku hanya  menurut perintah NYA, agar tidak membenci sesama makhluk. Bimbang jika aku membenci mu, DIA akan melipat gandakan kebencianNYA pada ku.

Dan IKHLAS itu akan kekal bersama ku walaupun suatu hari nanti, aku telah tiada di samping mu, walau senja tidak kunjung tiba lagi, bagi menyambut mentari dinihari. IKHLAS tetap kekal dengan ku. 

Semoga engkau mengerti dan memahami nukilan Musafir Dhaif ini.

Rabu, 1 Mei 2013

Ketenangan

Bila dipagi hari sebegini mendengar bacaan Al-Quran terasa satu ketenangan jiwa yang meresap di lubuk hati. Apatah lagi bila kita membacanya, alangkah indah susunan ayat yang begitu menyentuh jiwa. Terimbau kembali sewaktu di asrama putera sekolah menengah, bila hampir masuk waktu subuh dan setelah selesai solat subuh, terdengar bacaan Al-Quran didalam kaset sehingga merasakan tenang perjalanan untuk menuntut ilmu. Rindunya suasana begitu.

REMAJA SEKARANG KEBANYAKANNYA KURANG DIDIKAN UNTUK MENGHORMATI ORANG LEBIH TUA DARIPADA MEREKA

ASSALAM DAN SALAM SEJAHTERA...

Tajuk di atas bukan kerana aku ini terbaik, tetapi melihat remaja zaman sekarang (Generasi Y) rasanya makin melampaui batas sebagai orang muda. Sepatutnya, mereka harus faham dan mengerti apakah nilai dan budaya hormat menghormati orang tua, orang lama atau orang yang kanan daripada mereka. Kemana perginya nilai yang dulunya sentiasa dididik oleh orang tua, supaya bersopan santun dan menghormati orang lebih tua. Aku pun tidaklah perfect sepenuhnya. Namun masih tersemat dihati sanubari, apa yang dididik oleh orang tua dahulu dan guru-guru. Mungkin mereka ini cepat belajar dan merasakan diri mereka lebih pandai dan berpelajaran. Jadi, ego dan merasakan memiliki kepandaian yang tinggi daripada orang lama.

Namun, mereka meletakkan nilai hormat menghormati dan budaya sopan santun jauh terperosok di lubuk hati dan tidak mengendahkan lagi budaya tersebut. Dengan pengalaman yang masih muda, dan ibarat kata orang tua "masih menyusu" sudah berlagak pandai seperti mengetahui segala hal. Apakah caranya orang yang lebih tua boleh mendidik mereka, supaya menjadi orang yang tahu dan mengamalkan erti adab dan kesusilaan dalam kehidupan harian mereka?

Mungkin silap kita sebagai orang lama, tidak begitu bertegas dan mengganggap mereka adalah remaja yang baik dan tahu erti adab dan kesusilaan. Tapi, tahukah kita yang ditunjukkan itu tidak berkekalan selamanya? Ya! Sememangnya tidak berkekalan. Dalam tiga bulan pertama mereka akan menunjukkan sikap yang patuh dan mengikut cara kita serta menghormati kita dengan adab sopan yang tinggi. Namun selepas tiga bulan, majoriti telah menganggap kita sebagai rakan mereka, dan nasihat serta teguran kita didengar secara endah tidak endah, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, itulah mereka.

Dengan sifat manja dan mudah terasa hati, tidak boleh ditegur dan tidak boleh dinasihati. Ketua pula lebih membela mereka dan menasihatkan kita supaya jangan memperkudakan mereka kerana mereka masih baru dan tidak tahu cara bekerja. Jadi, kita sebagai orang lama harus berlembut dan lebih banyak mengalah, jangan mengikut cara orang lama dahulu kerana zaman sudah berubah. Bagi aku, remaja sekarang lebih perlu dididik dengan lebih tegas sebelum mereka boleh menganggap orang lama, orang tua atau orang yang lebih kanan sebagai "kawan".


Itu hanya pendapat aku sebagai orang lebih tua daripada mereka, ada tempatnya kita perlu berlembut dan dan ada waktunya kita perlu bertegas. Tetapi, mereka itu (remaja) tidak memahaminya dan megambil sikap sambil lewa. Jadi, aku sebagai orang yang lebih tua daripa mereka akan mengambil sikap jika mahu belajar, bertanya dengan sopan, aku akan mengajar cara sopan. Jika mereka ingat mereka sudah pandai, terpulanglah. Sendiri buat sendiri tanggung.

Sekian.

Selasa, 30 April 2013

FAKTA DAN SEJARAH YANG HARUS ORANG MALAYSIA TAHU TENTANG PARTI PAS DARI AWAL PENUBUHANNYA... BACALAH YER, 5 MINIT JER TAK LAMA"

aku bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak. tetapi aku hanya ingin tahu... apakah benar fakta ini atau auta sahaja.

Pas Cawangan Kampung Bekor  24 November 1951 - Muktamar Ulama Se Malaya Ketiga yang berlangsung di Bangunan Kelab Melayu Bagan di Bandar Butterworth, Seberang Perai, telah memutuskan secara rasmi untuk menubuhkan Persatuan Islam Se Malaya (PAS). Kira-kira 250 orang termasuk 20 orang pemerhati wanita dari berbagai pertubuhan hadir dalam majlis penubuhan itu. Yang Dipertua Agung PAS pertama ialah Haji Ahmad Fuad Hassan.  14 Jun 1955 - Persatuan Islam Se Malaya (PAS) didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai Pan Malaya Islamic Party (PMIP) sehari sebelum hari penamaan calon untuk pilihanraya persatuan yang pertama.  1959 - Pilihanraya Umum Pertama selepas merdeka.  1 Februari 1966 - Kerajaan Perikatan telah mengharamkan PAS menggunakan simbol Bulan Bintang dan bendera bertulis Allah-Muhammad.  .. Julai 1967 - Wakil Parlimen Pasir Mas Hulu, Abdul Samad Gul Ahmad Mianji dibunuh ditetak dengan kapak ketika selesai sahaja acara Maulid Nabi di bangunan Pas Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. Sewaktu beliau sedang membuka pintu kereta, beliau diserang dengan kapak. Beliau dibawa ke Hospital Besar Kota Bharu dan di sanalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Penjenayah itu dikejar oleh orang ramai yang juga baru turun dari bangunan PAS tetapi dia terlepas lari dan tidak dapat dikesan sehingga sekarang.  25 Oktober 1969 - Yang Dipertua Agung PAS Dr. Burhanuddin Al-Helmi pulang ke rahmatullah di Taiping, Perak setelah sekian lama menderita akibat penyiksaan yang dikenakan ke atas beliau semasa dalam tahanan.  8 Mac 1970 - YB Cikgu Tahrim Ariffin wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Perlis dalam tahun 1968, meninggal dunia dalam satu peristiwa pembunuhan yang memeranjatkan di rumahnya di Perlis  Jun 1971 - Nama PAS sekali lagi bertukar daripada Persatuan Islam Se Tanah Melayu kepada Parti Islam Se Malaysia dengan huruf singkatannya (PAS) dikekalkan  1 Januari 1973 - Yang Dipertua Agung PAS, Dato’ Mohd. Asri berjaya membawa PAS menyertai Kerajaan Campuran PAS-Perikatan di negeri Kelantan dan negeri-negeri lain. Penyertaan ini akhirnya membawa PAS menyertai gabungan Barisan Nasional pada tahun 1974, yang memaksa parti pemerintah mengguna simbol ‘Dacing’ menggantikan ‘Kapal Layar’.  13 Disember 1977 - PAS memulakan kembali hidup ‘sendirian’, disingkirkan dari kerabat Barisan Nasional (BN). Alasan penyingkiran, PAS tidak mematuhi keputusan Dewan Tertinggi BN agar memecat anggota Parlimennya yang tidak mematuhi arahan Whip Barisan, ketika Rang Undang-udang meletakkan Kerajaan Kelantan di bawah ‘pentadbiran darurat’ dibentangkan di Parlimen. Whip Barisan mengarahkan supaya anggota Parlimen PAS menyokong usul tersebut.  18 Januari 1985 - Tragedi ngeri Lubuk Merbau dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap. Seramai lebih 200 ahli Umno bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau. Tujuh daripada ahli PAS cedera parah, berpuluh cedera ringan dan seorang daripada mereka, Saudara Osman Talib syahid. Kejadian berlaku sehari sebelum hari pembuangan undi (19 Januari 1985).  19 November 1985 - Tragedi hitam yang menyayat perasaan umat Islam telah berlaku di Memali, Baling, Kedah. Peristiwa Memali yang melibatkan ahli-ahli dan penyokong PAS pimpinan As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood@Ibrahim Libya. Seramai 14 orang kesemuanya ahli dan penyokong PAS termasuk Ustaz Ibrahim, syahid, 161 orang termasuk kanak-kanak ditahan. RM15,000.00 hingga RM20,000.00 wang yang dikumpul termasuk wang kebajikan PAS dirampas polis.  27 Oktober 1987 - Kerajaan Umno Barisan Nasional menangkap borong berpuluh-puluh pemimpin parti-parti pembangkang, anggota ‘Team B’ Umno, pemimpin pertubuhan sosial, ahli akademik dan lain-lain. Tangkapan ISA tersebut terkenal sebagai “Operasi Lalang 87”, antara yang ditahan peguam Haji Suhaimi Said, pimpinan PAS dari Pahang dan belasan pemimpin PAS lain antara 91 yang ditahan.  Beberapa laporan polis telah di buat atas kes ugutan bunuh terhadap TG Nik Abdul Aziz pada May 2, 2010, Antaranya oleh Dewan Pemuda PAS Pusat sendiri, yang di ketuai oleh Us Nasarudin Hassan.  Serangan berulang beberapa kali lagi semasa Pilihanraya kecil Ijok dan Bagan Pinang tahun lepas hingga menyebabkan petugas PAS tercedera.  ^_^ PAS masih sabar ....................... —with Nanep Nanenanena Timeline Photos · 1 hour ago ·

Rabu, 23 Januari 2013

sekian lama....

Setelah sekian lama aku tidak menjengah ke blog SiapaTahuAku ini. Kini aku kembali meluangkan sedikit waktu untuk berkongsi emosi kini. Waktu ini jam 4.48 petang 23012013 aku selamat berada di kampung halaman. Suasana yang tenang dan kegembiraan bertemu serta bergurau senda dengan keluarga dapat menghilangkan rasa penat bekerja selama ini. Sekian wassalamu 'alaikum....

anok daro loni


Betul-betul lawa anak daro zame loni
bodi mace gitar senyum aduh
 
manis leting
kalu tak sobar-sobar hok nakut jadi berani
masuk dekat tanyo khabar ado tune ko tadok lagi

muka bujur telor warna kulit putih kuning
nya mari kemamar mato kato heyma malini
de gini ku tak kiro ikutlah apo jadi
kalu mati kerano dio aku raso puas hati

10 ore lain tak samo demo sore
tokleh nak banding toksoh dok perase
sekali dio kheling rasa lembik seluruh tule
paling kawe rungsing takut demo ni milik ore

gilo kokre comel tidok kato seloro
make tak kenye nak tido tak jenero
nyakit ni jange jange dey keno parok belanjo
dey nya terlampau kene tak make pun tak apo.

kito ore jate tokleh nak menidok
tebim tino laye gak suko terlengok-lengok
relo tadok skepeng asalkan buleh khandok
tak kato ko sore dey hati kasih terlajok

dey tokleh duduk nak wat guano lagi
male gelap guguk nya kace nak gi lagi
nak tido tak ngatuk kade ngiga tengoh hari
serabutnya dale perut tokleh tengok sekali sari

Betul-betul lawa anak daro zame loni
bodi mace gitar senyum aduh manis leting
kalu tak sobar sobar hok nakut jadi berani
masuk dekat tanyo khabar ado tune ko tadok lagi

Ahad, 15 April 2012

Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad s.a.w


Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad s.a.w 

Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani Al-Hasani menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:

1. Melaksanakan perintah Allah.

2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.

3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.

4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).

5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.

6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.

7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.

9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.

10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.

11. Allah akan menutupi segala dukacita.

12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

13. Mendapat darjat al-Sidq.

14. Ditunaikan segala hajat.

15. Salam sejahtera pada hari kiamat.

16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.

17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.

18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.

19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.

20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.

21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.

22. Tidak akan merasai fakir.

23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.

24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.

25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.

26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.

27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.

29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.

31. Mendapat keberkatan daripada Allah.

32. Mendapat kesempurnaan iman.

33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.

35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.

36. Teguh pendirian dengan kebenaran.

37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.

40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.

41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzaab 33:56)

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring

Isnin, 26 Mac 2012

Kamu Berkahwin Kerana Apa?



Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan MenCintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….. 

Khamis, 16 Februari 2012

Perginya Kamu, Namun Kenangan Masih Bersama Kami

Bismillahirrahmanirrahim…
Setelah sekian lama aku mengumpulkan segala kekuatan, pada kali ini aku gagahkan juga untuk meluahkannya. Pada asalnya kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain, namun tuhan telah mempertemukan kita, mengeratkan hubungan kita walau tidak pernah bersua muka.

Gurau senda mu dan kembar mu di dalam muka buku membuat hati ku terpaut untuk mengenali mu dengan lebih dekat, tanpa ku sedari dalam aku cuba mendekati mu, Tuhan seawalnya lagi menjauhkan kamu daripada hidup ku, waktu aku ingin menyayangi mu seperti saudara ku sendiri, Tuhan lebih menyayangi mu daripada ku.

Tidak pernah kamu menceritakan kesusahan mu pada ku, kamu sentiasa menunjukkan reaksi gembira dan sentiasa ‘cool’.

Aku tidak berdaya untuk melawan takdir Yang Maha Esa, kerana aku juga adalah hambaNya yang daif, aku hamba yang hina, yang terlalu banyak menentangNya. Mungkin kerana itu aku dan kamu dipisahkan, kerana kamu lebih mulia dari ku, lebih suci dari ku. Agar aku tidak mempengaruhi mu, supaya mengikut jejak langkah ku yang telah tercemar. Jalan ku di penuhi liku-liku dan lubang-lubang api yang akan membakar, jika kamu mendekati ku.

Aku tidak dapat menanggung penderitaan yang kamu lalui, jika aku diberi keizinan oleh Tuhan, ingin aku pindahkan rasa sengsara yang ditanggung oleh mu itu kepada ku. Tapi itu hanyalah  perasaan ku, jauh sekali untuk aku tanggung derita mu. Sewaktu hayat mu, aku tidak pernah melihat wajah mu dengan nyata.

Namun sewaktu kamu hembuskan nafas terakhir mu, aku sedang lena diulit mimpi. Kamu hadir juga menziarah ku, walau hanya di alam maya. Sungguh tidak aku sangka, pertemuan kita di alam maya tersebut adalah pertemuan kita yang pertama dan terakhir.

Sungguh aku tidak dapat menahan sebak didada bila aku ketahui kamu telah pergi untuk selamanya dan sewaktu itu, adalah waktu aku didalam lena diulit mimpi.

Ya, aku pasrah dan aku juga redha atas pemergian mu. Aku percaya, kamu telah aman di sana. Ditempatkan dikalangan orang-orang yang beiman dan soleh, kerana sewaktu hayat mu di dunia ini, kamu telah sempurnakan apa yang diperintahkan pada mu.

Kamu telah menanggung derita yang amat perit, dan derita mu itu adalah barakah penghapus dosa-dosa mu.

Walau kamu telah tiada, namun kenangan mu bersama kami, tetap kami kenangi. Kamu telah tinggalkan kami satu contoh yang baik. keluarga mu, adalah keluarga kami juga.

Kami akan sentisa doakan kebaikan terhadap mu.  Kita akan jumpa di sana.

Nukilan ini ditujukan khas buat arwah: adik Najmudin (dik twinz bro n kami semua)

Ahad, 8 Januari 2012

Dik Twinz Ku Sayang

Assalamualaikum Dik Twinz Ku Sayang..
Wat Naqi dan Naj.. Bro doakan Naqi dan Naj sihat semuanya..
terutamanya wat Naj yang sedang menanggung derita.. Bro sentiasa doakan Naj sembuh dan sihat ceria seperti sediakala.. Dik Twinz, walaupon Bro xpernah jumpa dan bersemuka ngan korang, Bro rasa Dik Twinz n family dah mcm ahli kuarga Bro dah..mcm adik2 dan family bro sebetulnya...bila Bro dapat tahu apa yang Naj sedang alami.. hati Bro terusik, seolah-olah.. org yang bro syg sengaja dijauhkan daripada Bro..tapi hakikatnya Allah semakin mendekatkan jarak hubungan kita...semakin menambahkan rasa kasih sayang sesama umatnya..secara tidak langsung.. menambah kenalan Bro.. dan dapat lihat begitu ramai Dik Twinz Bro nie disayangi dan disenangi oleh semua..

Dik Twinz..

tabahkanlah hati..kuatkanlah semangat..teguhkan iman..sentiasa zikrullah..ingat lah Allah di masa senang atau susah.. Insyaallah Dik Twinz.. semangat dan ketabahan akan sentiasa berada bersama kita... ini berdasarkan pengalaman Bro sendiri..percayalah.. Allah telah tentukan segala-galanya untuk kita...mengikut tahap kemampuan rohoni dan jasmani kita.. Segala puji bagiNya..yang Maha Suci.. yang Maha Mengetahui..yang Maha Penyembuh..yang Maha Kaya..Yang Maha Memberi..hanya Allah yang Maha Esa...

Wassalam...

Ahad, 11 Disember 2011

Agar engkau tahu… Aku cinta padamu.

Ku dendangkan lagu ini..
Buatmu yang ku kasihi…
Mungkin ini dendangan terakhir..
Kasihku yang tidak terzahir..

Hanya aku pendamkan..
Nun jauh di sanubari..
Tidak pernah terkesan..
Olehmu di dalam hati..

Dengarlah laguku ini..
Tercipta khusus buatmu..
Ilhamku lahir dari hati..
Demi cinta ini terhadapmu..

Inginku luah rasa cinta..
Namun aku tiada berdaya..
Hati ini merasa bahagia..
Walau hanya kita bersua muka..

Ku dendangkan lagu ini..
Buatmu yang ku kasihi…
Mungkin ini dendangan terakhir..
Kasihku yang tidak terzahir..

Biar hanya aku memandang..
Dapat melihat sekilas wajahmu..
Namun hati ini merasa lapang..
Walau tiada senyummu diwajah..

Jauh sekali mahu memandangku..
Apatah lagi senyummu di bibir itu..
Bukan pandangan itu menatap wajahku..
Tidak juga senyuman itu untukku..

Namun lagu ini hanya untukmu…
Namun aku tetap cinta padamu..
Hatiku pasrah jika ini takdirku..
Kerna ku tahu aku tidak sepadan denganmu..

Apa yang dapat ku lakukan..
Hanya luahan lagu ini..
Agar engkau tahu…
Aku cinta padamu..

Ku dendangkan lagu ini..
Buatmu yang ku kasihi…
Mungkin ini dendangan terakhir..
Kasihku yang tidak terzahir..

Hanya aku pendamkan..
Nun jauh di sanubari..
Tidak pernah terkesan..
Olehmu di dalam hati..

Rabu, 7 Disember 2011

Aku Maafkan Kamu

Lirik lagu Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia

Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu

Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham

Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Khamis, 1 Disember 2011

hanya aku yang mengenali mu

kau tak tahu....
hanya aku yang lebih mengenali mu...
aku yang memahami mu...

aku mengerti masalah mu..
aku tahu kau memerlukan teman disamping mu..
aku juga tahu kau memandang ku hanya sebelah mata...

tapi..
kau tak pernah tahu..
siapa aku untuk mu...
bagi mu...aku hanya lalat...
datang tanpa dijemput...pergi pula di halau..

kau hanya nampak aku..
bila kau ditimpa kesusahan..
bila tiada teman yang lain di sisi mu..

aku...
umpama air paip...
dibuka bila mahu diguna...
ditutup bila tiada tujuan...

tapi aku diamkan...
kerana aku tahu kau dalam kesusahan dan kesedihan..
kesengsaraan dan pelbagai dugaan..

hanya di blog ini sahaja tempat aku meluahkan...
kerana bukan kau tahu siapa aku...
dan tiada siapa tahu...siapa kau..