Carilah Siapa Dia

MOHD SALLEH

MOHD SALLEH
SEWAKTU KECIL

Khamis, 25 Disember 2014

Berjauhan dengan Anak dan Isteri

12/12/2014 genap umur Raziq 10 bulan. Aku last balik tengok dia bulan 10/2014... sihinggalah nhari ini aku masih belum berkesempatan untuk balik dan melihat anak aku, tidak merasa sepenuhnya menjadi seorang ayah. Apakah nasibnya sama seperti aku suatu kecil dahulu, membesar tanpa ada ayah untuk bermain...walaupon ayah aku masih berumur. 

Namun aku tidak merasai kasih sayang seorang yang bergelar ayah. Aku dibesarkan oleh emak, dan kedua atukku, atuk lelaki telah berpindah alam sewaktu umur 10 tahun. Yang tinggal emak, atuk perempuan dan emak saudaraku.. Tiada tempat untuk aku mengadu. Walau begitu, aku tetap dididik sehingga menjadi manusia yang berguna. 

Sebolehnya, aku tidak mahu anak aku alami perkara yang sama seperti yang telah aku lalui. Tetapi, kerana tuntutan tugas dan tanggungjawab terhadap agama dan negara, terpaksa aku menjalankan tugas yang diamanahkan. Disamping mencari rezeki yang halal buat menanggung anak dan isteri. 


Harapan aku agar isteriku terus sabar dan tabah hadapi tugasnya yang lebih mencabar, mendidik anak bangsa dan menjaga anak kami. Isterilah yang banyak berkorban, terpaksa terima, duduk berjauhan susah senang membesarkan anak.

Semoga Allah memberi kekuatan pada isteriku, memberi rahmat dan redha untuk mereka berdua, melindungi kami di dunia ini dan di akhirat sana. Insyaallah.





LUAHAN AKU WADAH KEJUJURAN BUKAN SINDIRAN, BUKAN PULA BERNIAT MENGGURIS HATI DAN PERASAAN. JIWA,ROH DAN JASADKU HANYA MILIK DIA.

Tiada ulasan: